Nasi dipanaskan semula risiko keracunan, ibu wajib tahu ni, doktor kongsi cara simpan

NASI merupakan makanan ruji penduduk di rantau Asia semenjak beribu-ribu tahun yang lalu.

Nasi dipanaskan semula risiko keracunan, ibu wajib tahu ni, doktor kongsi cara simpan



Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan turut dihasilkan daripada beras seperti laksa, laksam dan lain-lain.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Rupa-Rupanya Bantal Busuk Punca Jerawat! Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Cucinya Selalu



Di negara kita, hampir setiap hari kita makan nasi. Pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam pun makan lagi nasi.

Jika ada nasi tidak dihabiskan, ia disimpan dan dipanaskan semula pada esok harinya. Ia amalan biasa dalam mana-mana isi rumah.

Namun tahukah anda, lebihan nasi itu tetap berisiko menyebabkan keracunan makanan walaupun telah dipanaskan semula?

Menurut Pegawai Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, memanaskan makanan sehingga suhu dan tempoh tertentu akan membunuh bakteria dan parasit.



Kredit foto: Unsplash (Pille R. Priske)

Ujarnya, namun suhu tinggi tidak memusnahkan sesetengah spora bakteria dan toksinnya.

“Beras lazimnya mengandungi spora bakteria Bacillus cereus. Spora ni tidak musnah apabila kita masak beras menjadi nasi.

“Jika nasi dibiar lama disuhu bilik, spora tadi membiak dan menghasilkan toksin.




“Toksin ini tidak akan musnah jika dipanaskan. Maka jika nasi tercemar dengan toksin ini dimakan, ia akan menyebabkan gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah,” kongsinya di Facebook.

Justeru itu, menurut Dr Kamarul, bagi mengelakkan situasi tersebut, lebihan nasi haruslah disimpan dengan tata cara berikut;

  • Segera disimpan di dalam peti ais atau sejuk
  • Disimpan dalam kehangatan 60°C ke atas

Digalakkan juga memasak nasi dengan porsi yang sekadar cukup untuk hidangan yang akan dimakan pada hari yang sama, agar tiada lebihan nasi yang perlu disimpan.

Perlu tahu juga, bukan hanya toksin Basillus cereus pada nasi sahaja yang tidak musnah dengan suhu tinggi, toksin dari bakteria lain juga begitu.

Jadi berhati-hatilah. Semoga bermanfaat!





Kredit -Sinar Plus.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments