Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu

Roti sardin goreng ni nampak je simple tapi bila dah makan eh tiba-tiba dah habis sepinggan. Jangan pandang sebelah mata je resipi ni, belum cuba belum tahu hasilnya!

Roti Sardin Goreng Pedas Manja Menu Pantas Dan Tak Jemu



Resipi yang dikongsikan oleh Marzie Hana di Facebook ni memang sangat sedap dan cara penyediaannya tak rumit langsung sekelip mata je boleh siap. Tak sampai 10 bahan pun dah jadi dah resipi ni. Haa jomlah cuba resipi ni sekarang.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Buat Roti Puri Yang Lebih Rangup, Tak Kempis Walau Dah Sejuk. Tak Guna Yis



ROTI SARDIN GORENG


BAHAN-BAHAN:

3 biji bawang merah

5 biji cili padi

1 tin sardin

Gula sedikit

Garam sedikit




CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang besar 3 biji, cili padi 5 biji sampai garing

2. Masak 1 tin sardin, masukkan gula dan garam.

3. Masak sampai kering sedikit tutup api dan lenyekkan

4. Letak di atas roti dan lipatkan.

5. Goreng sehingga kekuningan.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Marzie Hana




Kredit : RASA


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments