Bekas Plastik Makanan Macam Ni Pun Boleh Buat Tanam Sayur. Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

Di rumah kita mesti ada banyak bekas-bekas plastik yang kita dapat bila beli atau bungkus makanan. Sampai banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.

Bekas Plastik Makanan Macam Ni Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah





Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Tanam Pokok Cili Guna Keratan Dahan Lagi Cepat Berbuah. Guna Bawang Merah Untuk Galak Akar Tumbuh



Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas

Guna semula bekas makanan ‘tipuware’ untuk tanam sayur

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • Bekas makanan (guna botol air mineral pun boleh)
  • Kain mikrofiber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
  • Cocopeat (hampas sabut kelapa) boleh beli di nurseri
  • Soldering Ion – untuk membuat lubang
  • Alumium Foil atau cat
  • Anak Pokok

Cara membuat

1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.




2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah. 



Soldering iron

3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.



3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.


4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.


Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.

Sumber: D Pro A’Nas




Kredit :Vanilla Kismis.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments