Tip Tanam Serai Supaya Keluar Banyak Tunas Dengan Cepat & Rimbun. Kena Potong Begini

Ramai yang tanam serai di rumah, cuma beza hasilnya. Ada yang tanam tapi serainya kurus dan tak rimbun, manakala orang lain tanam elok pulak gemuk dan banyak tunas sekejap dah merimbun.

Tip Tanam Serai Supaya Keluar Banyak Tunas Dengan Cepat & Rimbun. Kena Potong Begini



Untuk dapatkan pokok serai yang banyak tunas dan merimbun ini ada caranya. Pertama sekali kena potong batang serai dengan kaedah yang betul untuk pastikan serai keluar banyak tunas dengan cepat.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Cara Betul Tanam Pokok Labu Supaya Hasilkan Buah Yang Banyak & Saiznya Besar



Cara melakukannya ada dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini

Tip tanam serai supaya banyak keluar tunas dan rimbun

Hari ini nak share tip tanam serai supaya banyak tumbuh tunas dengan cepat. Biasanya ramai yang tanam terus dengan batangnya. Itupun boleh, cuma tunas agak lambat akan keluar. Jom kita belajar cara mudah ini.

Bahan yang perlu ada
-Benih serai (beli di pasar) kalau tiada pokok serai
-Pisau
-Polibeg atau pasu
-Media cocopeat atau tanah

Cara-caranya

1. Langkah pertama ambil benih serai yang dibeli di pasar dan potong 1 inci dari ruas akar. Serai bahagian bawah ada ruas perasan tak?


2. Dari ruas itu ukur ke atas dalam 1 inci jer agak-agak dengan jari saja macam dalam gambar.


3. Kemudian sediakan cocopeat atau tanah dalam polibeg atau pasu dan terus semai. Letakkan benih serai yang dipotong tadi lalu benamkan separuh dari keratan.


4. Kemudian siram sampai lenjun untuk permulaan sahaja. Hari berikutnya siram seperti biasa pagi petang. Siram hari-hari.






4. Dalam 2 atau 3 hari kita akan nampak keluar tunas. Selepas itu terpulang sama ada nak alih dalam pasu besar ataupun biarkan sahaja dalam polibeg.


Cara ini akan percepatkan lagi proses pertumbuhan tunas serai yg banyak. Bila membesar pokok serai akan merimbun sebab banyak tunas.


TIP: Perlu dingat serai jika tanam dalam pasu atau polibeg anda kena selalu ambil serai. Jika tidak serai kurang membesar dan merimbun.

Selamat mencuba

Sumber: Muhammad Fertigasi Masa Kini




Kredit :Vanilla Kismis.


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments