Resipi Telur Dadar Garing Ala Kedai Thai. Bancuh Telur Guna 3 Bahan Je

Suka makan Telur Dadar macam dekat kedai Thai? Sedap, garing dan tidak terlalu tebal. Makan pun tak rasa muak. Anda pernah cuba tapi tak berhasil untuk dapatkan telur yang garing begitu?

Resipi Telur Dadar Garing Ala Kedai Thai. Bancuh Telur Guna 3 Bahan Je



Ada tekniknya tau. Bahannya pun bukanlah menggunakan telur dan garam semata-mata. Kena ada penambahan bahan lain juga. Saudari Murni Rahmat ada kongsikan resipinya. Jom cuba masak Telur Dadar Garing hari ni..

ARTIKAL MENARIK LAIN:20 Koleksi Resipi Lauk Telur, Ayam & Daging Boleh Masak Sepanjang PKP



BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1 sudu makan tepung gandum, tepung jagung atau tepung beras – beli online disini
4 sudu maka air sejuk @ 2 ketul ais
Garam secukup rasa @ perasa



CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur, masukkan semua bahan dan kacau hingga semuanya sebati. Pastikan garam larut sepenuhnya.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas.
3. Tuang telur dari jarak yang tinggi ke dalam kuali. (tarik tinggi-tinggi tapi awas percikan minyak).



4. Kena goreng telur dengan lama. Bila sudah nampak garing, baru angkat. Jika tidak nanti telur akan kempis dan serap minyak.



5. Ada juga resepi yang tidak guna tepung, tapi empunya resipi paling suka resepi ini sabab telur kurang berminyak dan garing.
6. Satu bancuhan telur ini untuk 3-4 kali goreng. Tidak boleh goreng sekaligus nanti tidak jadi gebu.

Kredit resipi & foto: Murni Rahmat




Kredit : VIA Rasa


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments