Tengok resipi ni sangat kreatif,pucuk ubi diolah jadi empat segi. Menurut Suzana Othman idea tersebut dia belajar ketika berkunjung ke rumah sahabat mentua di Bandung Indonesia.
Mungkin rasanya tak sama dengan yang dekat sana tapi menu pucuk ubi kukus ni sangat digemari keluarga. Malah anak-anak pun suka makan berbanding pucuk ubi biasa. Jika nakkan kelainan boleh la mencuba resipi pucuk ubi kukus masak lemak yang dikongsikan ini.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!
Bahan A:
1 ikat pucuk ubi- direbus dengan garam hingga lembut kemudian perahkan airnya.
10 biji telur
Garam
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan sedikit garam kemudian pukul telur hingga kembang.
2.Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.
3.Curahkan telur ke atas pucuk ubi, tekan-tekan supaya padat.
4.Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada dah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi, kalau dah keras dan padat bermakna dah masak. Keluarkan dari pengukus, sejukkan pada suhu bilik. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh dipotong ikut saiz yang diingini.
Bahan B:
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
Kisar bahan bertanda*
Pucuk ubi yang dah siap dipotong
1 kotak santan kelapa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
Cara membuat:
1.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga garing.
2.Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya.
3.Masukkan pucuk ubi yang dah dipotong tadi.
4.Masukkan santan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api. Taburkan cili merah semasa menghidang.
5.Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba
Kredit: Suzana Othman
Kredit :via
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments