Petua Masak Sambal Sotong Tak Berair & Banyak Kuah, Lebih Pekat Lebih Sedap!

Makanan laut kadangkala menjadi pilihan ramai setelah puas menikmati ayam, daging dan ikan sebagai lauk pauk. Antara makanan lain yang menjadi pilihan utama kebanyakan dari kita adalah udang, ketam, kerang dan sotong.

Petua Masak Sambal Sotong Tak Berair & Banyak Kuah, Lebih Pekat Lebih Sedap!



Berkenaan dengan sotong ini, selain enak direbus dan dibuat masak kicap ianya juga sangat sedap jika dibuat sambal.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Simpan Duit RM5, Hasilnya Setiap Hujung Tahun Dapat Beli Emas! Begini Caranya



Namun untuk membuat sambal sotong ini tak ramai yang tahu cara yang betul. Ada yang masak sambalnya terlebih cair, apabila terlalu cair rasanya akan kurang wow. Nak buat sambal sotong yang tak berair namun banyak kuah? Jom kita ikuti petua atau cara dari Azla Shakila di bawah ini.

Cara Masak Sambal Sotong Yang Sedap & Tak Berair

Petua masak sambal sotong tak berair atau banyak kuah. Sotong hendaklah direbus terlebih dahulu ya. Setelah mendidih buang air rebusan. Tumis cili yang dikisar bersama bawang dan bawang putih. Tumis hingga pecah minyak letakkan sedikit gula, asam keping dan garam. Masak cili hingga kering dan masukkan sotong tadi. Kacau rata dan boleh la dihidangkan. InshaAllah sambal sotong kita akan jadi seperti gambar di bawah. 




Mudah sahaja kan nak buat Sambal Sotong yang tak berair ini. Barulah sedap dan menyelerakan. Sekali rasa boleh jatuh cinta tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang dan praktikkan petua ini. Memang padu teruk tau!

Kredit: Azla Shakila




Kredit :dailymakan viaDaily Makan



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments