Kerang Cencalok Simple

Salam, hai semua. Haritu ada p jalan-jalan ke manjung, singgah satu kedai makan yang menjual kerang bakar, sembang dengan makcik tu, selain dari kerang bakar, apa lagi resepi yang menarik dari kerang. makcik tu share dengan saya, satu resepi yang baru saya dengar.

Kerang Cencalok Simple



Resepi Kerang Cencalok. Jadi hari ni saya nak share resepi Kerang Cencalok Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

ARTIKAL MENARIK LAIN:Sotong Goreng Tempura



Resepi Kerang Cencalok Simple

Bahan-bahan Resepi Kerang Cencalok Simple

300gm kerang - dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1/2 biji bawang holland - dipotong dadu
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Sedikit margerin + minyak - untuk menumis

Bahan kisar:

7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih
Sedikit belacan



Cara Cara Masak Resepi Kerang Cencalok Simple

1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.




Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments