Daging ayam dijual di mana-mana tempat. Ianya mudah didapati dan pelanggan boleh meminta peniaga untuk memotong atau membuang mana-mana bahagian yang tidak diingini.
Namun, tak semua peniaga mempunyai kemahiran yang hebat dalam menyiang daging tersebut. Merupakan sesuatu bakat yang perlu sentiasa diasah, bahkan segelintir suri rumah juga tidak mampu menyiang isi ayam yang telah dibeli dengan mahir sekali.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Kalau Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam, Begini Cara Untuk Atasinya
Kongsi Video Cara Buang Kulit Ayam
Baru-baru ini, seorang peniaga, ikan.ayam.fresh, memuat naik sebuah video dan berkongsi cara buang kulit ayam di laman TikTok. Video itu dimuat naik bagi menunaikan permintaan penonton yang ingin tahu caranya.
Sempoi dan sedia menjawab permintaan, dia terus merakam dan berkongsi cara mudah untuk melakukannya. Menggunakan sebilah pisau memotong yang sudah ditajamkan, dia memotong dan membuang beberapa bahagian iaitu kepala, tongkeng dan kaki ayam. Setelah itu melakukan belahan di tengah-tengah dada bagi melakukan sedikit pembukaan untuk menarik kulit ayam tersebut.
Mahir dilakukan, akhir sekali hasilnya kelihatan kemas dan mudah. Namun, sudah tentu tak semua orang mampu melakukannya.
Netizen Kagum Dengan Kemahiran Abang Itu
Menjengah di ruangan komen, kemahiran dan bakat abang itu dikagumi para netizen. Menjawab salah satu komen yang telah ditinggalkan, lelaki itu berkongsi bahawa bakat yang ada ini baru sahaja dipelajarinya dan masih perlu diperbaiki serta diasah.
Minta Kongsi Lagi Video Sebegini
Terhibur dan kagum dengan kemahirannya, ada juga yang meminta agar abang itu kongsikan lagi pelbagai jenis cara memotong bahagian ayam.
Jangan memandang rendah pada mereka yang mempunyai bakat sebegini. Sudah tentu kemahiran sebegini perlu sentiasa diasah dan sangat berguna bagi mereka yang sentiasa berada di dapur.
Kredit: TikTok ikan.ayam.fresh
Kredit :dailymakan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments