Jom Cuba Resipi Vegan Korean Wrap Yang Mudah, Sesuai Sebagai Bekalan Ketika Travel.

Ketika berkelah atau berkhemah, semua orang inginkan menu dan hidangan yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Tak cukup dengan itu, ia juga perlulah sedap dan sesuai untuk dinikmati buat seisi keluarga. Masa traveling, mana lah sempat untuk fikir pasal makanan, kan?

Jom Cuba Resepi Vegan Korean Wrap Yang Mudah, Sesuai Sebagai Bekalan Ketika Travel.



Tapi jangan risau, terdapat pelbagai hidangan yang mudah untuk dijadikan bekal ketika traveling.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Wantan Cendawan Goreng Tepung



Bagi anda yang mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dijadikan sebagai bekal ketika di luar atau ketika berkerja, boleh lah cuba resepi vegan korean wrap yang mudah ini dari Yati Masak Apa Tu. Bahan-bahan juga mudah didapati. Nak tahu? Jom baca.

Resepi Vegan Korean Wrap Untuk Traveling

Bahan-Bahan

  • Wraps
  • Cendawan tiram
  • Salad (dicuci bersih dan keringkan)
  • Tomato (dipotong pangjang)
  • Timun Jepun (dipotong panjang)
  • Lobak panjang (dipotong panjang)
  • Sos Korea Adabi
  • Sedikit mentega

korean vegan wrapkorean vegan wrapkorean vegan wrap





Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali, letakkan mentega dan panaskan.korean vegan wrap
  2. Letakkan sedikit sos Korea Adabi. Jika suka rasa yang lebih pedas, tambahkan lebih banyak sos.korean vegan wrap
  3. Masukkan cendawan tiram. Jika anda suka cendawan lain, boleh juga gunakannya.korean vegan wrap
  4. Gaul sehingga sebati dan cendawan masak.korean vegan wrap
  5. Siap semua bolehlah disusunkan sebegini. Boleh guna dua keping wrap jika wrap anda kecil.korean vegan wrap
  6. Kemudian gulungkan dan siap! Boleh dipotong dua atau dimakan terus. Memang sedap.korean vegan wrap

Memang mudah sahaja untuk menyediakan korean vegan wrap ini, kan? Ia merupakan menu yang sihat dan sesuai untuk seisi keluarga. Jika anak-anak anda tak berapa gemar dengan sayuran, boleh lah try resepi ini. Mana lah tahu terus berubah selera bila mencubanya.

Selamat mencuba.




Kredit: Yati Masak Apa Tu via Daily Makan


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments