Kimchi adalah makan tradisional Korea yang makin dikenali oleh seluruh dunia. Semenjak K-Wave menyerang dunia, makanan itu makin mudah didapati di mana-mana sahaja. Malah, di Malaysia, Kimchi boleh didapati di mana-mana pasaraya.
Namun, kebanyakkan Kimchi yang dijual mempunyai rasa yang agak pahit. Lagi-lagi yang tidak berkualiti, sebab itu lah ada beberapa rakyat Malaysia yang tidak menggemarinya. Tak perlu susah, jom cuba buat sendiri kimchi homemade! Resepi yang dikongsikan oleh Noor Azmawani Ismail sangat sesuai dengan citarasa Melayu.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Tauhu Sayur Untuk Berbuka
Resepi Kimchi Homemade Melayu Style
Bahan-Bahan
- 1 biji kubis cina (sederhana besar)
- 1 biji carrot merah (dihiris nipis)
- 1 biji carrot putih (dihiris nipis)
- Segenggam daun bawang (potong sederhana pangjang)
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland (sederhana besar)
- 1 inci halia tua
- 5 sudu sos ikan
- 2 sudu kecil gula merah
- 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak
- Garam halus secukupnya
- 3/4 cawan serbuk cili (guna yang ini untuk lebih ‘kick’)
Cara Penyediaan
- Kubis dipotong empat dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air selama 30 minit.
- Sejatkan kubis dan lumurkan garam pada setiap helian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya selama 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
- Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
- Masukkan bawang putih, bawang holland, halia tua, sos ikan, gula merah serta bancuhan tepung beras ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
- Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
- Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
- Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Selepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
- Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil/
- Sesudah itu, bolehlah dimasukkan ke dalam pes yang dikisar tadi. Kacau sehingga rata sampai semuanya bersalut mesra.
- Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Kimchi homemade ini boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup tapi selalunya, ianya disimpan pada suhu bilik dahulu untuk proses penapaian selama 2 atau 3 hari untuk rasa yang sedikit masam.
Enak untuk dinikmati bersama ramen dan nasi, anda perlu cuba resepi ini.
Selamat mencuba.
Kredit: Noor Azmawani Ismai via Daily Makan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments