Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni. Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya.
Tak ada ketuhar di rumah? Ha…sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerlukan ketuhar pun. Masak guna periuk sahaja di atas dapur gas. Bahan-bahannya pun sukat guna cawan je. Mudah kan? Jom lihat cara-caranya.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Kek Lapis Marrie Masam Manis Sukat Guna Cawan, Gerenti Jadi.
CARA MASAK KEK PANDAN KAMPUNG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu makan ovalette
1/2 cawan santan kotak kara
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
1/2 cawan tepung jagung (ayak)
200gm mentega tanpa garam (dicairkan) – empunya resipi guna buttercup sahaja
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas bersesuaian ( kecuali mentega). Adun menggunakan pemukul (mixer) hingga gebu.2. Kemudian masukkan mentega suam yang telah dicairkan. Kacau hingga sebati menggunakan senduk.
3. Ambil loyang kek yang bersesuaian. Alas dengan baking paper dan tuang adunan kek tadi.
4. Seterusnya ambil periuk bersesuaian, alaskan dengan pelapik besi kemudian letak loyang kek tadi diatasnya.

5. Bakar kek dengan api kecil selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.


NOTA: Jangan letak air dalam periuk nanti kek akan jadi kek kukus.
Kredit resipi & foto: Azrina Rina
Kredit : RASA:
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments