Resipi Ayam Sambal Bali Enak Dimakan Bersama Nasi Panas

Menu ayam tidak pernah menjemukan. Ayam goreng terutamanya menjadi kesukaan sesiapa jua. Namun bosan juga makan hidangan tanpa berkuah.

Resipi Ayam Sambal Bali Enak Dimakan Bersama Nasi Panas

 


Ayam boleh dipelbagaikan menunya. Campuran serai dan daun limau purut memberi aroma rasa lagi pada masakan. Jom kita masak ayam sambal bali ini.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Ayam Madu Spicy


Ayam Sambal Bali
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 batang serai
5 helai limau purut
3 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili

Cara memasak:


1. Gaulkan ayam dengan garam.


2. Goreng ayam sehingga masak.



3. Tumis serai sehingga naik bau..kemudian masukkan bawang merah,halia dan bawang putih. Saya tumis dengan minyak goreng ayam tadi.






4.Masukkan cili kisar.
5.Masukkan sos dan kicap.
6.Masukkan daun limau purut




7. Masukkan ayam ke dalam kuali.


8. Masukkan garam,gula,dan secukup rasa. Gaul sebati.


9. Sedia dihidang.

Kredit : Hawa Aziz

 



Kredit :


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments