Resepi Sotong Cicah Sos Thai

Hai assalamualaikum peminat-peminat masakan Thai. Hari ini kami nak kongsikan resepi yang simple sahaja dari Thai. Kalau korang pernah baca artikel resepi sebelum-sebelum ini mesti korang tahu resepi.

Resepi Sotong Cicah Sos Thai

 


Resepi daripada khairulaming yang simple sahaja iaitu Resepi Sotong Cicah Sos Thai yang pasti akan membuatkan korang kecur air liur. Jom lihat bahan-bahan resepi masakan ni.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda, Lauk Sedap Buka Selera



Bahan-bahan:

  • Sotong
  • 8 tangkai cili (8 chillies)
  • 5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
  • 1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
  • 2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
  • Garam (salt)
  • 3 sudu gula (3 tbsp sugar)
  • Daun ketumbar (coriander leaves)
  • 3 biji limau nipis




Cara-cara Masak Sotong Cicah Sos Thai


  1. Untuk Sos Thai, masukkan 8 tangkai cili ke dalam lesung.
  2. Tumbuk cili tersebut.
  3. Kemudian masukkan 5 ulas bawang putih dan tumbuk lagi.
  4. Selepas itu, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Tambah 1 sudu sos tiram.
  6. Tambah 2 sudu sos ikan dan tambahkan sedikit garam.
  7. Masukkan 3 sudu gula.
  8. Perah 3 biji limau nipis dan tuangkan jusnya.
  9. Tambah daun ketumbar yang telah dihiris.
  10. Gaul semuanya.
  11. Untuk sotong pula, asingkan kepala sotong dan badannnya.
  12. Kelar badan sotong dan masak dalam kuali tanpa minyak dan bahan perisa.
  13. Untuk hidangan boleh tuangkan terus sos Thai ke atas sotong tersebut.
  14. Atau asingkan saja sos thai dan sotong tersebut ikut cita rasa korang.

Siap sudah resepi daging bakar cicah sos thai ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sertakan link video dibawah untuk rujukan korang.

Video Cara Buat Resepi Sotong Cicah Sos Thai:

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

 


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments