Sotong antara makanan laut yang ramai orang suka.Namun nak masak sotong pun ada cara dan tipnya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak berair bila masak.
Rupanya selain rebus sotong antara tip nak masak sotong elok kejadiannya, kena ramas sekejap dengan garam sampai berbuih.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Mudahnya Tanam Taugeh, Siram 2 Kali Sehari, Hasilnya Gemuk Macam Beli Di Kedai
Boleh cuba perkongsian tip oleh Puan Noris Nora ini sebagai panduan;
Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Depa basuh sotong kurita cara ni, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Bahan Diperlukan:
Garam kasar/halus
Cara-Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang kita nak.Buang kulit sotong pilihan. Kadang-kadang ada sotong kulit dia kasar kesat-kesat, kalau gitu lebih baik buang kulitnya. Biasanya sotong saiz sederhana-besar ada. Kalau yang kecil cumi-cumi tu, kulit licin je.

2.Taburkan garam kasar dalam sesudu dua dalam bekas berisi sotong.Tak perlu tambah air.(Garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar).Jika guna garam halus nanti bilas bersih-bersih sampai hilang buih-buih tu dan tak rasa licin di tangan ye. Risau jika garam masih lekat di sotong, takut masin bila dimasak.

3. Gaul dan ramas-ramas sotong + garam tersebut.

4. Ramas-ramas sampai keluar buih macam sabun.

5. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.

6. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih, bilas berkali-kali sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
rsih.

7.Kemudian tapis sotong utk sejat air nya.

Bolehlah masak seperti biasa…insyaAllah sotong tak keluarkan byk air lagi.
**Sila abaikan kuali rare 25 tahun tu.

Tara…Sambal tumis sotong.

Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian petua masakan ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci sotong pastikan ramas dengan garam sekejap sampai berbuih. Barulah sotong elok pejal, saiznya tak mengecut bila masak nanti.
Sumber: Noris Nora
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


0 Comments