Kajian Buktikan Cili Bukan Penyebab Sakit Di Perut Tapi Boleh Memanjangkan Umur Manusia

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Kebanyakan masyarakat masih menganggap pengambilan cili boleh mengganggu kesihatan perut dan menyebabkan ulser perut dan buasir.

Kajian Buktikan Cili Bukan Penyebab Sakit Di Perut Tapi Boleh Memanjangkan Umur Manusia

 


Buktinya kaji selidik yang dilakukan laman Facebook kesihatan Public Health Malaysia (PHM) mendapati majoriti responden (79 peratus) berpendapat makanan pedas memudaratkan, manakala hanya 21 peratus sahaja yang memilih cili sebagai sayuran yang baik.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Dah Ada Salah Satu Ni Memang Anda Sah Ada Resdung, Pakar Ini Dedah Perkara Yang Perlu Anda Lakukan



Buktinya kaji selidik yang dilakukan laman Facebook kesihatan Public Health Malaysia (PHM) mendapati majoriti responden (79 peratus) berpendapat makanan pedas memudaratkan, manakala hanya 21 peratus sahaja yang memilih cili sebagai sayuran yang baik.

Hakikatnya, cili mengandungi ‘capsaicin’ yang mempunyai banyak kebaikan, antaranya meningkatkan metabolisme, mengurangkan ketagihan gula, mengurangkan keradangan dan memanjangkan jangka hayat.

Malah khasiatnya yang bersifat pelindung tidak menyebabkan luka di perut.

“Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah dalam perut.





“Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka,” catat PHM.

Katanya cili juga tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir, namun pesakit yang mempunyai luka di dubur perlu berhati-hati kerana makanan pedas boleh menyebabkan luka menjadi pedih.

Namun pengambilan berlebihan, sama seperti mana-mana makanan, akan menyebabkan masalah penghadaman seperti makanan tidak hadam dan sakit perut.

“Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

“Khasiat cili ini tidak termasuk produk makanan yang telah diproses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam,” tambah PHM.

kredit projekmm




Kredit :


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments