Ada siapa di sini peminat kek sarang semut? Atau ada juga yang panggil kek gula hangus? Bila tengok kejadian kek sarang yang sempurna dengan lubang-lubangnya, memang geram kan.
Tambah pula, kek cukup rasa. Tak manis sangat dan sedang-sedang saja. Memang nikmat bila dapat makan untuk minum petang.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Cheese Cake Guna 3 Bahan Je, Tak Sangka Sedap Sungguh & Moist Gebu Pulak Tu.
Tapi kan, dengar kata bukan senang nak buat kek sarang semut ni ye. Apa kata kita tengok resipi daripada Syafawatie Yatiey ini, yang hanya menggunakan kaedah kukus saja.
Nampak senang kan? Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu marjerin atau mentega
4 biji telur (gred A atau B)
1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja)
Esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
CARA-CARA:
1. Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit.


2. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan.

3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk.

4. Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati.

5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata.

6. Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5).

7. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar.

Sedikit tips untuk memasak kek sarang semut:
*Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan.
*Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan
kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang
atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar).
*Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus.
*Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih.
* Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna
api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu,
baru guna api atas bawah, fan on.
Kredit resipi & foto: Syafawatie Yatiey
Kredit : RASA.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments