Puding pisang bersos kastard antara pencuci mulut yang sangat popular dari dahulu hingga kini. Apabila tiba bulan ramadan pastinya puding ini menjadi salah satu sajian yang wajib ada.
Mungkin ramai dari kalangan anda yang menyukainya namun membelinya sahaja diluar kerana menganggap ianya susah untuk dibuat.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Agar agar Santan Gula Merah
Namun puding pisang bersos kastard ini sangatlah mudah untuk disediakan. Betul ke mudah? Ya sangatlah mudah. Dengan menggunakan resepi di bawah ini, ianya bukan sahaja mudah malah sangat sedap dan menyelerakan.
Cara Menyediakan Puding Pisang Bersos Kastard
Bahan-bahan :
- Pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
- Sos kastard
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin air
- 1 biji kuning telur
- 2 Sb tpg kastard
- 2 Sb gula pasir
- Sehelai daun pandan disimpul
Cara Penyediaan :
- Masak semua bahan sehingga pekat.
- Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
- Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis.
- Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.
Selamat mencuba!
Kredit : Linda Zaid
Kredit : dailymakan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments