Di samping membuat persediaan semasa berada dalam bulan Ramadan, persediaan menjelang sambutan Aidilfitri pun perlu difikirkan juga.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Biskut Rainbow Bakal Jadi Rebutan Di Hari Raya, Wajib Buat!
RESIPI KUIH RAYA ALMOND DAN KUACI
BAHAN-BAHAN
1. 500g serbuk florenta
2.500g almond slice
3.200g kuaci hijau
4.100g kuaci putih
5.20g bijan putih
6.20g bijan hitam
Kertas cupcake yang licin dalamnya “size L” (ada lapisan plastik
biasanya bercorak polkadot) saya guna 60 keping. Senang nanti boleh isi
banyak-banyak dulu.

Cara-cara
– Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.
– Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.
– Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bagi wangi.
– Sejukkan semua betul-betul ye dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.
– Gaul sehingga sama rata.
– Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
– Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg
pertama tu rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.

– Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Cup boleh guna semula untuk round seterusnya.
– Simpan dalam bekas kedap udara.
– Selesai semua boleh simpan dan guna cup tu buat cupcake untuk raya pula.
Sumber : Zulena Ismail
Kredit :
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

0 Comments