Resepi Satar Ikan
![]() |
Resepi Satar Ikan |
Bahan-Bahan:
ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Kari Ikan Tongkol Hitam Utara
400gm isi ikan sardin | diambil isinya
4 biji buah keras | dikisar halus
2sm halia | dikisar halus
3 biji bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
2 biji lada merah | dikisar halus
150gm kelapa parut putih | dikisar halus
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
1-2 sudu teh serbuk lada sulah
1 helai daun salam, dimayang halus
1 helai daun kunyit, dimayang halus
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
Cara Membuat:
1. Kukus isi ikan hingga masak, angkat dan sebatikan dengan semua bahan.
2. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 sudu campuran ikan.
3. Bungkus rapi dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar.
5. Bakar di atas bara api atau di dalam ketuhar hingga keperangan.

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
![]() |
Resepi Satar Ikan |
0 Comments