Tahun 2018 ni, nampaknya biskut raya Tat Gulung Cadbury yang menjadi viral. Ramai yang mencuba dan rasanya memang sedap.
![]() |
Cadbury Roll Tart Guna 4 Bahan. Biskut Raya Viral 2018 Wajib Cuba. |
Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!
ARTIKAL MENARIK LAIN:Viral Biskut Coklat Rice Guna 1 Adunan Jer Boleh Dapat 150 Biji Biskut. Jimat!
RESIPI CADBURY ROLL TART 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 250g mentega/marjerin
- 1 sudu teh minyak sapi
- 3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
- Kepingan coklat cadbury secukupnya – empunya resipi guna yang Dairy Milk
- Acuan tart
- Kuning telur | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
2.
Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu
lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit
sebelum diterap.
3.
Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak
pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh
tersebut sangat sempurna.)
4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
TIP
: Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat,
campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu
cair.
Kredit resipi & foto: Sri Noratika Hassan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
![]() |
Cadbury Roll Tart Guna 4 Bahan. Biskut Raya Viral 2018 Wajib Cuba. |
0 Comments