Ayam Masak Serai Ala Thai Simple Akan Buat Anda Tak Keruan

Ayam Masak Serai Ala Thai Simple Akan Buat Anda Tak Keruan. rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar, aroma dari daun limau purut dan serai…ditambah pulak dengan perahan jus limau nipis sebagai pelengkap rasa.


Masakan ni memang wajib guna cili segar, barulah mengancam rasanya…Kuahnya masam-masam pedas, memang sangat berselera kalau kita makan dengan nasik putih je. Pendek kata, wajib cuba lah.

ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Ayam Masak Kicap Best!!



Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
1 tsp serbuk kunyit
Garam

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing

Bahan Sambal ;

2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya



Kisar :

5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah

CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan serai dan daun limau purut

3. Kacau rata masukkan kiub ayam

4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.😋

Sumber

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
 
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments