Kuih Koleh Kacang Sukatan Cawan
ARTIKAL MENARIK LAIN:Kuih Siput Lemak Manis
Bahan-bahan
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-cara
Masak
1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi
minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam
kuali.
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
Masukkan
adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu
di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung
sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu
dengan lebihan minyak tadi.
Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.
Kredit : aziekitchen
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments