Orang kata kangkung ni sayur murahan tetapi sayur murahan ini banyak khasiat dan sangat sedap jika digoreng bersama belacan. Ada juga sesetengah orang menambah sotong di dalam menu ini.
Tidak kira bagaimana pun caranya, resipi dari Dapur Lazz ini wajib anda cuba. Sedpa dan gerenti jadi! Caranya nak masaknya tersangatlah mudah. Selamat mencuba.
ARTIKAL MENARIK LAIN:Resepi Pajeri Terung Yang Sedap
KANGKUNG GORENG BELACAN SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat kangkung
- 2 ekor sotong sederhana
BAHAN TUMBUK:
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji cili hijau
- 4 biji cili api merah
- Belacan
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
loading...
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga agak garing dan naik bau.

2. Masukkan sotong dalam 4 hingga 5 minit. Jangan terlalu lama, takut sotong liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.

3. Masukkan kangkung. Boleh kuatkan api dan kacau hingga masak dan sebati. Siap.

INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Kredit resipi & foto: Dapur Lazz
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments