Sira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala bulan puasa, ia merupakan salah satu manisan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa.
Begitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini. Bagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan Sira Labu, saudari Yani Mariani ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Psti sedap. Jom cuba!
Artikel Menarik Lain:Resepi Manisan Coklat Mentega Kacang
CARA MASAK SIRA LABU KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu
5 keping gula melaka
2 sudu makan gula
2 helai daun pandan
Kapur makan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ‘wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.
2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.
3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.
4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.
5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yani Mariani
Kredit : RASA.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments