Resepi Rendang Telur Pembuka Selera

Rendang merupakan cara masakan yang cukup digemari orang kita, tambahan pula semasa hari raya dan kenduri-kendara. 

Resepi Rendang Telur Pembuka Selera

 


Rendang telur merupakan antara resepi yang wajib anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Latifah Hanim Muin di laman Facebook.

Artikel Menarik Lain:Sambal Lada Api Telur Mampu Menitikkan Air Liur



Bahan-bahan:

  • 10 biji telur (direbus dan dibuang kulit)
  • ½  genggam ikan bilis
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 kotak santan
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 1 keping asam
  • 1 kiub pati ikan bilis

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili kering (dipotong dan direbus)
  • 10 biji cili api (boleh kurangkan cili atau tambah ikut selera)
  • 5 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar


loading...


Cara-cara:

  1. Kisarkan bahan kisar.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan bilis, santan, kerisik dan asam keping.
  4. Tambahkan garam dan kiub pati ikan bilis, masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daun limau dan daun kunyit.
  6. Apabila daun layu, masukkan telur rebus.
  7. Kacau sebentar dan tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang.




Kredit : saji


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments