Kek kelapa merupakan antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai. Baunya bila dibakar tersangatlah menggoda. Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi keenakan kek tersebut.
Boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Juju Minhad ini.
Artikel Menarik Lain:5 Resepi Kek Minyak Sedap dan Senang Dicuba
KEK KELAPA

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan marjerin
- 1/2 cwn gula kastor
- 3 biji telur
- Esen ros
- 1 sudu susu pekat
- 1 cawan 1/2 tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan kelapa kering
- Pewarna merah/hijau/ kuning
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi.
3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap.
4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.
5. Kaub balik adunan.
6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan.
loading...

7. Kaub balik adunan.
8. Masukkan dalam loyang yang telah digriskn dengam marjerin.
9. Bakar 170° selama 60 minit (ikut oven masing-masing).
10. Siap!

Kredit resipi & gambar: Juju Minhad
Kredit : Rasa
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments