Ubi kayu masak ungkep

Ungkep apa tu? unkep bermaksud masakan yang di tutup... entah lah betul ke tidak ade akak kesah...

Ubi kayu masak ungkep

 

ok kita lihat bahan2nya.. bahan2 ni ada yang buat simple je..tapi akak suka kalau dia macam berempah sikit..



BAHAN-BAHAN

  1. Ubi kayu ikut suka ko ( jangan amik yang besar2 sgt..sedang2 je..senang empuk)
  2. 3 ulas bawang merah (sedang)
  3. 3 ulas bawang putih
  4. ikan bilis / udang kering agak2 segenggam gitew
  5. cili padi (ikut suka banyak mana.. nak letak boleh x letak pun boleh)
  6. sedikit ketumbar ( kalau bangang x tau apa ni..pi google sana)
  7. sedikit jintan ( kalau bangang x tau apa ni..pi google sana)
  8. minyak 3 sudu untuk menumis
  9. air 2 cawan besar (ikut banyak mana ubi ko)
  10. serbuk kunyit
  11. garam
  12. gula 
  13. serbuk perasa.


loading...


CARA-CARANYA

1) Kopek ubi..bersihkan..potong sedang2...belah empat..ikut suka...
2) tumbuk bawang putih, merah, ikan bilis/udang kering, ketumbar, jintan dan cili padi...sapa suka pedas lebih lah cili tu yer...
3) panaskan kuali..letak minyak..tumiskan bahan yang di tumbuk tadi...tumis sampai naik bau..bukan naik hantu yer
4) masukkan air.. dan masukkan potongan ubi...
5) masukkan sedikit serbuk kunyit ( nak biar dia warna kuning2 skit)..(kalau nak pakai kunyit hidup pun boleh..tumbuk dengan bahan tumbuk tadi)
6) masukkan garam , gula, serbuk perasa ikut suka korang.. tekak korang yang nak makan kan..
7) yang penting tutup kuali dengan tutup periuk gitu... baru lah ungkep namanya...

biarkan memdidih sampai air tu kering ( sampai agak2 ubi tu empuk)...selagi x empuk tambah je air...
masak sampai empuk dan jangan kering sgt..sebab ubi ni ada kanji..kalau kering dia akan berkerak..biar dia ada gravy skit..baru sedap..kira basah2 cam tu.. so siap...

makan panas2..sebab kalau makan dah sejuk kurang best ..nanti gravy dia akan resap dalam ubi tu...

akak cakap ngan ko..selalu korang masak ubi rebus cecah sambal kan...tapi ubi ungkep ni lagi sedap...percaya lah..kalau nak tau cuba.. bau dia mmg menarik...kalau korang masak nescaya jiran2 menyebok tu mesti tanya korang..masa apa tu..sedapnya bau....

 selain ubi korang boleh guna bahan yang sama buat AYAM UNGKEP , DAGING UNGKEP, MENTIBANG LAUT UNGKEP, TENGGILING PASIR UNGKEP dan segala binatang yang hendak engkau ungkepkan... cuma korang tambah je kentang and kulit kayu manis skit.. kalau nak masak utk ayam & daging jgan lupa ketuk2 kan serai..humban kedalam.. baru yummy..

sapa yang ada laki tu nescaya laki korang sayang korang lebih..nasib baik aku x de laki..kalau ada laki mesti laki aku x makan luar punya...

selamat mencuba..nak tau resepi jawa apa lagi akan akak kongsi esok..nanti kan....

so mak mak aku ni kan cerita tentang masakan....

Kredit : meriahuoll

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________

 
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments