Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan
Bahan- bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
loading...
Cara Membuat:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan
kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).
NOTA; wani pun bakar dalam 50 minit
Kredit - wanisukarno
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Kek Pisang Moist Dan Gebu | Simple Dan Sedap
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments