Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK POPIA SAYUR DAGING BURGER

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket kulit popia
- 3 keping burger daging – boleh guna burger ayam
- 1 biji bawang besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – racik
- Kubis – disagat
- Lobak merah – sagat
- Kacang buncis – hiris nipis
- Lada sulah secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 2 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Gorengkan daging burger daging yang telah di dadu kecil hingga separuh masak.

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang layu serta daging burger betul-betul masak.


3. Masukkan sedikit garam, perasa dan juga gula.

4. Tambah lada sulah. Kacau sebati.

5. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Kacau sebati.

6. Tumis sekejap. Bila sayur kelihatan agak layu sedikit, terus tutup api.

7. Alihkan inti ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis lebihan air yang keluar dari inti.

8. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.

9. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti secukupnya.

10. Lipat sedikit dan hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.

11. Gulung popia dengan kemas. Buat sampai habis bahan.

12. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.

13. Angkat dan toskan.

14. Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Kredit : Rasa
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Resepi Cucur Maggi
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments