Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai!!
![]() |
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai!! |
Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai!! | Dapp uhhhh.... nasik minyok ganu terr... cuba yer semuaa..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Resepi oleh : Adnilsam Apat

Seekor ikan siakap dicuci bersih..

Bahan-bahan:
Bawang putih
Stok ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan (5 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa
loading...

Serai dikerat serong kasar, daun limau dikoyak-koyakkan sahaja..
kemudian sumbat semua serai, daun limau & juga halia dalam perut

Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan ye.. letakkan dalam periuk kukusan..

Curahkan dgn stok ayam...

Satukan bawang putih yg telah dicincang, cili api merah, perahan limau
nipis, sos ikan, garam & juga gula dalam satu mangkuk dan gaulkan
sebati.. rasa dulu ye jgn lupa..ketepikan..

Setelah air kukusan mendidih bolehlaa kukus ikan selama 20-25 minit ye.. atau hingga ikan betul2 masak..

Ok.. selepas ikan masak boleh laa diangkat ye..

Curahkan dengan bahan-bahan yang telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.. siapp..!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Kredit - Aneka Resepi Masakan
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
3 Resipi Kukus Ekspres Yang Popular, Sihat & Paling Mudah Dibuat.
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments