Memang bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal.
Tetap juga daunnya kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.’Geram’ kadang kala bila tengok pokok orang tanam elok subur, akar banyak dan gemuk-gemuk merimbun daunnya.
Tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya. Cubalah mana-mana yang serasi sampai berjaya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.Boleh cuba siram dengan air bawang merah pula, barulah pokok kesum keluarkan akar dan pucuk yang banyak.
Cara ini dilakukan dan dikongsikan oleh Puan Noridah Tahir sendiri, katanya serasi dan berkesan dengan tip ini.
“Guna air bawang merah baru la ciksom keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai dalam botol mineral. Harap membesar dan rimbun.”
Air Bawang Merah:
Bahan Diperlukan:
5 Biji Bawang Merah beserta kulit
1.5 liter air paip

Cara Buat Air Bawang Merah :
1.Blend 5 biji bawang merah beserta kulit dengan sedikit air paip.
2.Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkn dengan 1.5 liter air paip.
3.Peram 1 ke 2 hari. Campurkan dengn air paip dengan nisbah 1:5 dan jirus pada pokok untuk banyakkan akar atau sembur pada pokok untuk banyak kan pucuk.

Mudah Tanam KESUM, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air

Info Ekstra!
- Saya tak tebuk lubang botol minyak ni sebab pokok kesom memang perlukan air yang banyak.

Selamat Mencuba!
MW: Kalau sebelum ni tanam kesum asyik mati je, daun tak merimbun segar cuba guna cara ni pula. Semoga teknik ni serasi dan berkesan.
Sumber: Noridah Tahir
Kredit : Mingguan Wanita.
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Cara Tanam Sayur Pak Choy Di Rumah. Memang Mudah!
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments