Terasa nak makan pasta hari ini. Selain spageti, fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom.
Cerita Cikgu Afy @ Afy AL Habibidalam FB nya, “Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti, Fuhh bila rasa sekali rupanya ketagih pula nak makan.”

.
Resipi ringkas perkongsian dari Cikgu Afy ni tak muak dan ringkas cara memasaknya.
FETTUCINE CARBONARA MUSHROOM

.
BAHAN -BAHAN :
- Udang secukupnya
- Sosej secukupnya
- 1 sudu besar sos blackpepper
- 1/3 sudu kecil sos tiram
- secubit daun parsley
* Grill terlebih dahulu udang yang buang kulit dan sosej yang diperap dengan bahan-bahan dia atas
* Selepas masak, ketepikan.
Bahan lain :
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih
- 1 tin sos Prego Keju & Herba Pilihan
- 1 tin air kosong | gunakan tin prego
- 4 genggam fettucine | rebus dan tapis
- 4 biji cendawan dalam tin atau cendawan shiitake
- 3 cubit lada hitam kisar
- 1/2 sudu kecil garam bukit
- 1/2 sudu herba campur @ mix herb
CARA MEMASAK :
1. Tuangkan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih yang diracik hingga naik bau.

.
3. Selepas kuah mula memekat, masukkan
fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil cendawan dalam tin atau
cendawan shitake. Masukkan sekali.
5. Kemudian masukkan lada hitam kisar beserta garam bukit.
6. Juga herba campur. Boleh beli dekat kedai bakeri.
7. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.

8. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.

.
Siap. Selamat mencuba.
Kredit foto & resipi : Afy AL Habiby
#resepicikguafy
Kredit : RASA.
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
Mi Rebus, Kuah Keledek & Kentang Pekat Lagi Menyelerakan
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments