Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!!

Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! | Bismillah arini lunch Western.. anak teruna request nak makan spaghetti carbonara plak dah.


Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!!
Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! 
Erm dah pndai dah la ni request nak makan itu ini. Ibu ikutkan je la... jomm sesiapa nak resepi tengok kat pic step by step yer. Hahaha ni spaghetti carbonara versi say ayer.. guna apa yang ada je la janji anak-anak maan pastu puji lak sedap pun ibu rsa kembang hidung dah. Hihihi

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...




Resepi oleh : Ana Mariana Ismail

Ok ni dia bahan-bahan untuk buat spaghetti carbonara kita. Mesti la kena ada spaghetti kan.. susu full cream, chicken mushroom soup, slice mushrooms, sosej, cheese, brokoli, bawang putih, lada sulah dengan mix herbs.

spaghetti%2Bcarbonara%2B2.jpg


Ok mula-mula didihkan air pastu masukkan sedikit minyak pastu celur spaghetti sampai lembut elok pastu toskan. Pastu rebus jap sosej dengan brokoli toskan.

spaghetti%2Bcarbonara%2B3.jpg


Ok untuk kuah pulak panaskan sedikit minyak pastu tumis bawang putih sampai naik bau ok. Kalau ada minyak zaitun lagi sedap

spaghetti%2Bcarbonara%2B4.jpg


Pastu masukkan lak sedikit susu..biarkan mendidih.

spaghetti%2Bcarbonara%2B5.jpg


Pastu masukkan pula chicken mushroom soup kita.. masukkan sedikit air kacau-kacau sampai sebati & mendidih.

spaghetti%2Bcarbonara%2B6.jpg


Pastu masukkan slice mushrooms..

spaghetti%2Bcarbonara%2B7.jpg


loading...


Masukkan slice cheese.. jangan banyak sangat nanti muak pulak kan..

spaghetti%2Bcarbonara%2B8.jpg


Pastu masukkan sosej & brokoli yang kita rebus tadi..

spaghetti%2Bcarbonara%2B9.jpg


Masukkan lada sulah..

spaghetti%2Bcarbonara%2B10.jpg


Masukkan mix herbs.. rasa kuah secukup rasa kalau pekat sangat tambah air sikit.. ikut selera masing-masing la yer.

spaghetti%2Bcarbonara%2B11.jpg


Bila rasa dah ok tutup api pastu siap la.. senang sangat kan?

spaghetti%2Bcarbonara%2B12.jpg


Pastu letak spaghetti dalam pinggan pastu tuang kuah atasnya. Nyum3 bon voyage!!

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..

spaghetti%2Bcarbonara%2B13.jpg






Kredit - Aneka Resepi Masakan



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!!
Resepi Spaghetti Carbonara Terbaik!! 

Post a Comment

0 Comments