Cekodok Pisang
Bahan-bahan
8 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula pasir
Secubit garam
loading...
Cara-cara
Lenyek pisang sehingga hancur. Masukkan gula dan garam. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan dikacau rata.
Cekodok Pisang Rangup
Panaskan minyak dan setelah minyak betul betul panas, masukkan adunan. Jika mahu cantik, guna jari. Tapi saya sambil mengambil video, terpaksa menggunakan sudu. Goreng dengan api sederhana.
Cekodok Pisang Rangup
Setelah masak, dibalik balikkan. Bila bertukar warna keemasan, bolehlah angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit : Azie Kitchen
0 Comments