Resepi Cili Jeruk Muda Rangup

Resepi Cili Jeruk Muda Rangup

Resepi Cili Jeruk Muda Rangup

 






250 gram cili hijau muda
1 cawan cuka makan
4 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
2 cawan air untuk masak cili
1 sudu teh kapur makan


loading...


Cara Penyediaan Resepi Cili Jeruk Sedap :

#1: Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong mengikut ketebalan yang seragam. Lepas dah siap semua,masukkan dalam bekas.Larutkan kapur makan dengan air biar tenggelam cili, lepas tu rendamkan cili selama 1-2 jam. Toskan dan basuh bersih sekurang-kurangnya 3 kali untuk hilangkan bau kapur.Fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walau lama ya.

#2: Didihkan 2 cawan air dan bila dah mendidih, tutup api. Masukkan cili potong tadi dan kacau rata. Proses ini hanya ambil masak 20-30 saat sahaja.Jangan lama kacau nanti lembik.Terus tos cili.Isikan dalam bekas kaca yang dah dibasuh dengan air panas.

Bestnya makan dengan mee goreng resepi cili jeruk rangup ni.Bukan susah nak buat bila kami dah beri tips dan resepi lengkap.Guna cili muda ,ummmph sedap

Panaskan sekejap cuka,gula dan garam dengan api kecil.Tak perlu sampai mendidih cukup untuk larutkan semua bahan. Tutup api bila dah larut.Terus masukkan dalam bekas kaca yang mengandungi cili potong tadi.

#3: Biarkan 45 minit dan boleh dah guna cili jeruk anda tu. Simpan dalam peti sejuk dan cili jeruk anda boleh bertahan selama sebulan.Jangan diletak di luar peti sebab kita tak guna pengawet kimia menhalang kulat.

Siap dah resepi cili jeruk rangup.Boleh la guna untuk dimakan bersama makanan bergoreng atau mee celup.Sedap




Kredit :

Resepi Masakan





________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments