10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

10 Resepi Kek Marble Paling Mudah Untuk Dibuat, Memang Gebu & Sedap

 






1. Resepi Kek Marble Santan Guna Sukatan Cawan, Memang Terlajak Gebu!

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A( suka pakai nutriplus)
  • 1 cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 kotak kecil santan kara
  • 2 cawan tepung self rising
  • 1 cawan/180g butter
  • 1 sb emulco pandan coconut
  • 1 sb pewarna hijau apple

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula, ovalate, esen vanilla, santan dan tepung naik sendiri. Mix sebati sampai gebu.
  2. Akhir sekali baru masukkan butter yang di cairkan.
  3. Kacau rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. 1 bahagian letakkan emulco pandan coconut dan 1 lagi letakkan pewarna hijau epal. Kacau kan.
  6. Lapik loyang dengan baking paper.
  7. Letak satu senduk setiap adunan. Gilir-gilir sehingga habis.
  8. Corakkan menggunakan lidi mengikut citarasa masing-masing.
  9. Panaskan oven selama 5 minit dan bakar kek selama 45-55 minit pada suhu 160 menggunakan api atas bawah. Guna rak no 2 dari bawah.
  10. Bila dah siap terbalikkan letak atas redai dan biarkan selama 1 jam baru terbalikkan semula.
  11. Masa terbalikkan tak perlu buka loyang, bila nak letak atas papan baru buka loyang.
  12. Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Fans

2. Resepi Kek Marble Gebu Gebas, Tak Perlu Guna Tepung Naik Sendiri Pun Menjadi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • ½ cawan gula kastor
  • ½ cawan susu pekat
  • ¾ cawan butter/planta
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalett
  • 5 biji telur
  • Esen vanila

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder.
  2. Pukul butter, gula dan ovalet sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Kemudian masukkan masukkan susu pekat dan esen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak. Kacau sehingga rata.
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian, letakkan pewarna pilihan.
  7. Masukkan adunan warna demi warna sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 130° selama 45 minit ataupun mengikut suhu oven masing-masing.

Kredit: Ruzana Ramli

3. Resepi Kek Butter Marble Yang Sedap, Lembut Dan Gebu. Anak-Anak Pasti Suka

Bahan-bahan:

  • 250g butter (kallu guna pure butter lagi sedap – cth: SCS/Anchor/Golden Churn)
  • 1/2 cawan gula castor * kalau nak manis lagi boleh tmbah hingga 3/4 cawan
  • 6 biji telur (gred A/B)
  • 4 sdb susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar/freshmilk
  • *2 cawan tepung superfine
  • *1 sdb tepung jagung
  • 1sdb Essen vanilla ( saya guna butter vanilla )
  • 3sdb coco powder ( saya guna serbuk coco delfi )
  • 1sdb emulco chocolate

Cara-cara:

  1. Pukul butter hingga kembang betul-betul kembang dan putih, kemudian masukkan gula castor. Pukul sebati.
  2. Masukkan telur 1 persatu. Pukul hingga kembang dan kemudia masukkan essen vanilla.
  3. Masukkan susu pekat & susu cair. Pukul sekejap. Masukkan tepung dan pukul 2 minit untuk bagi sebati sahaja.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
  5. 1 bahagian masukkan coco powder & emulco coklat (guna kaedah kaup balik je pakai spatula).
  6. Ambil loyang yang telah dilapik baking paper – sapu sedikit marjerin supaya senang tanggal kek nanti.
  7. Selang selikan adunan bermula yang ori-choc-ori-choc sehingga habis.
  8. Tarik guna lidi dari penjuru atas loyang ketengah point kek (buat 4 penjuru sahaja) – untuk dapatkan corak zebra line. Setiap kali nak tarik, lap lidi dengan tisu supaya adunan tak tercampur warna.
  9. Bakar 160°c selama 45minit api atas bawah * bergantung oven masing2. Sebelum tu jangan lupa panaskan dulu oven 10 minit sebelum masukkan kek.
  10. Siap!

Kredit: Umi CT Sha Abdullah

4. Resepi Kek Marble Diva GebuXHengat

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (nak cantik naik elok senang kembang guna telur omega atau nutriplus tak caya try)
  • 1 cawan gula (170g)
  • 1 sb ovalate
  • 3sb susu pekat
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 sb tepung susu
  • 2 cawan tepung self rising (200g)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer.
  2. Sementara tu cairkan butter dan sukat 1 cawan atau 150g (nak moist,suam-suam ya.)
  3. Masuk dalam bahan mix tadi dan kacau rata.
  4. Bahagikan mengikut warna yang disukai.
  5. Lapik loyang 9×9 dengan baking paper. Kalau guna 8×8 kek melimpah.
  6. Panaskan oven sekejap. Guna rak bawah sekali dalam oven.
  7. Bakar pada suhu 150 darjah jangan lebih selama 40 hingga 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
  8. Bila dah masak, terbalikkan kek atas redai petak-petak dan biarkan selama 3 hingga 4 jam.
  9. Tunggu sejuk baru cantik corak dia. Siap.

5. Kek Marble Yogurt Padle Pop Viral

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur greb B
  • 1 cawan gula kastor 170-180 gram
  • 1 sudu besar ovalate
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 5 sudu besar yogurt asli tak kisah jenama apa

Cara-cara:

  1. Tambah tepung self rising 2 cawan (200g) dalam tu dan 5 sudu besar susu pekat.
  2. Dalam resepi ni tak menggunakan susu segar dalam adunan ya sebab dah diganti dengan yogurt.
  3. Mana-mana yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sikit tepung 170g plus 30g susu tepung.
  4. Ok putar 3 minit, slow speed.
  5. Kemudian naikkan hight speed sampai gebu(angkat kepala mixer adunan tak jatuh kebawah, maka adunan kamu perfect).
  6. Butter atau majerin tu cairkan awal-awal ya. Dah cair baru sukat 160g dalam 1 cawan lebih sikit je dan kalau majerin atau butter tu suam lagi bagus, kek lagi moist.
  7. Guna loyang 9×9.
  8. Adunan dituang bertindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis, hentakkan sikit. Permukaan die just lorek-lorek biasa je.
  9. Suhu oven set dulu 170 darjah, panaskan 5 minit. Turunkan 150 darjah, set masa 45 hingga 50 minit.
  10. Masukkan loyang tadi dan letak tingkat rak bawah sekali dan tunggu sampai masak. Kalau lepas 40 minit jangan bukak oven, goyangkan pintu oven je tengok tengah-tengah adunan kek tu kalau masih bergoyang teruskan membakar. Jangan korang cocok tengah-tengah kek tu, awal-awal mendap tengah kek korang nanti.
  11. Dah masak terbalikkan atas redai dan tunggu 2 hingga 3 jam untuk corak atas dia.


loading...


6. Resepi Kek Marble Minyak Oren Gebu

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred B
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 sudu besar pati oren sunquick
  • 1 sudu kecil oren oil kat bakery ade jual (ni yang bau dia naik sedap )
  • 3 sudu besar parutan kulit limau sunqist
  • 1/4 cawan santan kara
  • 2 cawan tepung self rising

Cara-cara:

  1. Mix sebati semua bahan sampai sebati. Akhir sekali masukkan 1 cawan minyak jagung, kacau rata.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambah pewarna oren, satu bahagian letak 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil emolco coklat.
  3. Ok kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper.
  4. Panaskan oven 5 minit.
  5. Masukkan kek dan set suhu 160 hingga 170 darjah,masa 45 hingga 55 minit,api atas bawah,rak no 1 dari bawah.
  6. Alhamdulillah bila dah masak keluarkan dan tebalikkan atas redai.Ok biar sejam dan boleh letak atas board

7. Kek Marble Gebu 5 Bahan

Bahan-bahan:

  • Majerin 300 g
  • Gula perang 200 g
  • Telur 6 biji
  • Tepung self rising 200g
  • Serbuk koko 20g

Cara-cara:

  1. Majerin dan gule perang satukan. Mix kalau takde mix, pakai whisk je sampai sebati dan kembang.
  2. Masuk telur satu-satu. Slowkan mixer, masuk tepung.
  3. Last,matikan mixer kacau rata.
  4. Satu bahagian adunan,letak serbuk koko dan kacau.
  5. Bawah loyang lapik baking paper. Boleh tuang selang seli dalam loyang 8×8.
  6. Siap dah,jangan lupa lepas selang-selikan adunan tadi kene hentak-hentak sikit bagi die rata.
  7. Bakar suhu 170 darjah,api atas bawah masa 50 hingga 55 minit bergantung oven masing-masing ya.
  8. Dah siap,terbalikkan kat redai.Baru ambik board tebalikkan semula.Potong pakai pisau yang begerigi.Siap dah boleh hidang.

8. Resepi Marble Pure Butter Harimau Malaya

Bahan-bahan:

  • 250g pure butter
  • 1/4 cawan gula halus tak tau cawan,180g
  • telur 6 bijik gred B (takyah tanya gred lain korang cari je gred B kat uganda sampai jumpa)
  • 2 cawan tepung self rising/200g tepung self rising
  • 4sudubesar susu segar (tak kisah depan die gambar apa)
  • 1sudukecil emolco oren dan lemon.
  • 2sudubesar serbuk koko.
  • Buah ikut sesuai dengan tema. Korang rasa tak jumpe limau mandarin, korang pakai je la lemon.

Cara-cara:

  1. Mix butter, gula dan esen vanilla sehingga kembang. Sementara butter kembang,korang ayak tepung.
  2. Dah kembang butter masukkan sebijik telur dulu.Mix slow bagi sebati, baru masukkan telur kedua dan seterusnya.
  3. Matikan mixer, masuk 2 senduk tepung tadi, kacau berselang dengan susu pulak, kacau.
  4. Dah abis semua tepung dengan susu, kacaukan semua sekali. Korang parutkan kulit limau sikit. Korang sagat kulit die yang oren-oren tu je bagi wangi. Ok kacau lagi.
  5. Ambik sebahagian adunan untuk bahagian marble coklatnya. Masukkan serbuk koko dan kacau. Tambah 2 sudu besar susu segar, kacau sebati.
  6. Ok satu bahagian letak emolco lemon, pewarne oren sikit dan kacau jugak.
  7. Lapik baking paper dulu ye. Buat 4 tompok, baru letak adunan kat tengah-tengah.Isi adunan sampai abis.
  8. Ok lorek-lorekkan.Buah limau potong nipis, susun cantik-cantik atas kek.
  9. Api atas bawah suhu 180 darjah masa 45 hingga 50 minit.
  10. Ok dah masak tebalikkan kat redai. Tebalikkan semula kat board dan boleh potong.

9. Kek Marble Simple

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur Gred A
  • 80gram gula kastor
  • 105gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 25ml susu segar
  • 75gram marjerin (cairkan dahulu, kemudian biar sejuk sekejap) Nak ganti dengan butter pun boleh. Nanti kek lebih wangi dan creamy.

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan pukul sehingga gebu, pekat, dan bertukar menjadi warna putih.
  2. Kemudian masukkan marjerin yang telah dicairkan, dan pukul lagi dalam 1/2 minit. Make sure masa kita angkat/cedok adunan, adunan kental, tak jatuh. Tak cair la kiranya.
  3. Lepastu bahagikan kepada 3 bahagian. Semangkuk kecil boh warna pink. Semangkuk kecil lagi boh warna kuning. Selebihnya boh warna hijau. Atau apa2 warna pilihan kita. Jangan banyak sgt.
  4. Pastu yang warna hijau masukkan dan ratakan dalam loyang. Warna kuning dan warna pink cedok pakai sudu kecil dan letakkan berselang seli di sekeliling loyang. Kemudian lorekkan ikut kreativiti kita. Loyang lapik baking paper dulu ya. Saya pakai loyang 6 inci je.
  5. Bakar pada suhu 140°/150° selama 45-50 minit atau hingga masak. Ikutlah panas oven kita macam mana. Api atas bawah.
  6. Bila dah masak, terbalikkan atas redai untuk dapatkan garisan2 tu. Kemudian terbalikkan semula atas pinggan atau cake board. Siap untuk dihidang.

10. Kek Marble Neopolitan

Bahan A:

  • 250 gram majerin/mentega
  • 190 gram gula kastor

Bahan B:

  • 5 biji telur gred B

Bahan C:

  • 230 gram tepung gandum/tepung kek
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:

  • 50 gram susu penuh krim UHT
  • 1 sudu teh esen buttervanilla

Pewarna:

  • 2 sudu makan serbuk koko + ½ sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pewarna pink + ½ sudu teh perasa strawberry

Cara-cara:

  1. Putar bahan A pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kaup balik adunan.
  2. Putar lagi dengan kelajuan sederhana selama 15 minit. Putar sehingga adunan ringan dan gebu. *Tanda adunan sudah gebu adunan tidak terjatuh bila diterbalikkan*
  3. Masukkan bahan B satu persatu sambil memutar adunan.
  4. Masukkan bahan C yang telah diayak sesudu demi sesudu.
  5. Masukkan bahan D dan putar lagi selama 3-5 minit.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  7. Masukkan serbuk koko dan pewarna. Lagi 1 bahagian biarkan warna asli.
  8. Garis loyang dengan majerin dan kemudian lapik dengan kertas pembakar.
  9. Masukkan adunan secara selang seli.
  10. Hentak loyang 3x untuk keluarkan angin di dalam kek. Dan lorekkan permukaan kek.
  11. Bakar kek pada suhu 150°C selama 60 minit atau sehingga masak.

Kredit: Ika Zul





Kredit : https://dailymakan.com

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:

Resepi Kek Minyak Kukus Sukatan Cawan Gebu Gebas Harum  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments