Resepi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!

Tulang sedap dimasak sup. Namun jika dah jemu, boleh cuba masak Singgang Tulang cara orang Kelantan. Bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resipi Singgang Ikan namun rasanya sangatlah sedap sehinggakan anda tak mampu melupakannya.

Resepi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!
Gitu… Bagi anda yang nak cuba, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

ARTIKEL MENARIK: Mencari Resepi Kuih Kukus Yang Mudah Dibuat? Jom Cuba 5 Resepi Kuih Ini Yang Wajib Anda Cuba


RESIPI SINGGANG TULANG SEDAP


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang
  • 2 keping asam gelugur

BAHAN KISAR:

  • 1 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

BAHAN DIMAYANG:

  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah

BAHAN TUMBUK:

  • 1 sudu makan ketumbar

BAHAN PERASA:

  • 1 sudu makan garam
  • 1/3 keping manisan kecil atau gula melaka
  • 1 sudu teh perencah secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Bersihkan tulang dan toskan airnya.


2. Masukkan air ke dalam periuk. Kuantitinya agak-agak sahaja dan bersesuaian dengan tulang yang dimasak. Didihkan.


loading...


3. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati.


4. Masukkan pula bahan yang dimayang dan tumbuk. Kacau lagi.


5. Masukkan juga dua keping asam gelugur.


6. Tambahkan bahan-bahan perasa dengan secukupnya. Semua bahan-bahan boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan kuantiti kuah.


7. Masak sehingga daging dekat tulang empuk. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.


Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi




Kredit : RASA

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments