Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak

Ikan Siakap Stim Limau memang sangat sedap. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna. Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Namun bagi yang tak ada periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. 

Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak

 


Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak. Sesuai sangat bagi anda yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zafirah Zawawi ni. Mudah sangat dan sebijik sama macam yang kita makan di restoran Thailand. Ratah macam tu je pun dah sedap.



RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU MASAK GUNA KUALI


BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap 
  • 3-4 ulas bawang putih – cincang / dadu 
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 batang serai – hiris 
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 kiub pati ayam
  • Cili padi merah dan hijau – hiris 
  • 1-2 biji limau nipis 
  • Daun ketumbar – hiris 
  • Akar ketumbar – dibersihkan
  • Garam secukup rasa 
  • Sos ikan secukupnya 

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan basuh menggunakan limau nipis atau lemon bagi membuang bau hanyir.

2. Masukkan serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Kemudian lumurkan kiub pati ayam hingga rata.




loading...




3. Masukkan ikan, air secukupnya, akar dan hirisan daun ketumbar ke dalam kuali. Rebus sekitar 10 minit.


4. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk rasa yang tidak terlalu pedas, masukkan cili padi di akhir sekali.

5. Perasakan dengan sos ikan atau garam dengan secukupnya.

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Zafirah Zawawi via Rasa





Kredit : RASA

Resepi – resepi lain yang menarik

Masak Kangkung Belacan Rencah Sotong  


Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments