Koleksi kali ini kali ini akan menghimpunkan 25 resepi kek yang mudah untuk di sediakan. Ia adalah jenis kek yang tidak memerlukan hiasan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan di dalam kebanyakan resepi ini ialah tepung,telur dan juga butter. Namun perkongsian di dalam koleksi ini akan menunjukkan kepada anda beberapa teknik dan kaedah yang berbeza yang menghasilkan rasa yang juga berbeza.
Mari lihat resepi-resepj yang telah kami cuba dan himpunkan sebagai rujukan untuk anda semua mencuba buat kek sendiri.
1)Resepi Kek Pisang Mini
Kek pisang sentiasa mendapat tempat dikalangan orang kita. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ashikin Saerah dan mendapat 1.9 k perkongsian di Facebook beliau. Sudah tentu kek ini sedap dan mudah untuk disediakan, dan bahan-bahannya ialah seperti berikut.
Bahan – bahan:
- Untuk : 4 bekas aluminium saiz 175mm x 95mm x 48mm
- 1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
- 1 sdb jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
- 4 biji telur (A)
- 1 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan gula kastor
- Sedikit emulko pisang/ vanila
- Secubit garam
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sdt soda bikarbonat
- 1 sdt serbuk penaik (baking powder)
Cara – cara penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 170°C/ api atas & bawah.
- Gris nipis bekas aluminum. Ketepikan.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & serbuk penaik. Ketepikan.
- Campurkan jus lemon ke dalam pisang lenyek. Gaul sekata. Ketepikan.
- Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila & garam selama 6 minit.
- Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
- Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika (½ minit).
- Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
- Bahagikan adunan sama banyak ke dalam setiap bekas (200g+/ bekas).
- Bakar selama 35-45 minit/ sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik.
Nota:
- Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya tidak tenggelam di dalam adunan kek.
- Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.
2)Resepi Kek Span Vanilla
Resepi kek berikutnya resepi kek span vanila yang amat sedap dan mudah untuk disediakan.Resepi ini dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah dan telah menjadi kegemaran ramai orang. Sudah tentu anda juga boleh melakukannya, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut,
Bahan – bahan:
- 120g gula kastor
- 15g ovalette
- 5 biji telur gred b
- 130g tepung penaik
- 1sk serbuk penaik
- 40g air
- 1sk pandan emulco/esen vanilla/emulco oren
- 70g minyak jagung/minyak masak
Cara – cara memasak:
- Gula & ovalette disatukan dlm bowl mixer. Gaul rata menggunakan sudu supaya ovallete tidak berketul.
- Kemudian masukkan telur & tepung bersama serbuk penaik yang telah diayak.
- Kemudian putar perlahan sehingga rata sebelum menukar kepada kelajuan tinggi hingga adunan kembang & gebu. (Agak makan masa sikit, kena pastikan betul – betul kembang dan gebu ye)
- Setelah itu, masukkan air yang dibancuh dengan emulco pandan/esen vanilla/emulco oren & diputar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak & putar perlahan selama 3 minit.
- Jika adunan belum sebati, gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Griskan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 180 (ikut oven masing – masing) smpai masak.
- Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas kedai kek.
- Biarkan sebentar dan terbalikkan kek semula – 1 adunan ni adalah utk 1 biji kek loyang saiz 8″ or 9″.
3) Resepi Japanese Cotton Cheesecake
Satu lagi resepi kek viral yang banyak dikongsi di internet. Japanese Cotton Cheesecake ini biasanya dijual di kedai kek. Namun sebenarnya anda juga boleh menghasilkannya sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
Bahan-bahan
A
- 250g cream cheese tatura
- ½ cawan susu segar
- 2 sudu besar butter
B
- 6 biji telur gred b
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil cream of tartar/1 sudu kecil cuka masakan
C
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu teh garam
Kaedah
- Mula-mula double boil bahan A hingga semuanya cair dan sebati.
- Kemudian pecahkan telur dan asingkan telur kuning dan putih.
- Tambahkan telur kuning bersama esen vanila dan kacau rata.
- Masukkan bahan-bahan A tadi dan kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan-bahan C yang telah diayak,ketepikan sebentar.
- Selepas,pukul telur putih tadi bersama gula sehingga ia menjadi meringue yang kaku.
- Kaup balik bahan C yang telah sebati tadi bersama meringue tadi.
- Masukkan kedalam loyang bulat bersaiz 8”.
- Bakar dengan teknik ‘steam bath’ dengan suhu 160c selama 1jam 10 minit.
4) Resepi Kek Oren
Seterusnya resepi kek oren yang amat digemari satu masa dulu. Kek ini juga sebenarnya sangat mudah untuk disediakan, bagi anda yang ingin mencubanya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 170 gm butter
- 115 gm gula halus@gula kastor
- 3 biji telur gred A
- 160 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- kulit oren(1 biji diparut)
- 8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
- 4 sudu besar jus sunquick (kordial)
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Kemudian sediakan loyang saiz 8”
- Ayak tepung gandum bersama baking powder
- Kemudian putar gula bersama butter hingga pucat.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan teknik kaup balik.
- Selang-selikan dengan jus oren dan parutan kulit limau.
- Akhir sekali masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 160c selama 50 minit.
- Uji dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
- Biarkan dalam loyang dan keluarkan selepas 10 minit, sejukkan diatas besi redai.
5) Resepi Kek Pavlova
Resepi berikut merupakan sejenis resepi yang diperbuat daripada telur putih , gula dan cream of tartar. Resepi ini telah dikongsikan oleh Azizi Rais di Facebook beliau dan mendapat banyak shares . Pavlova ini mempunyai rasa yang sangat manis kerana itulah yang sesuai dimakan bersama buah-buahan yang masam seperti strawberi,kiwi dan juga pic. Jika anda ingin mencuba nya sendiri berikut dah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 2 biji putih telur
- 100 gm icing sugar
- I sudu besar tepung jagung
- Cream of tartar 1/2 sudu teh @ lemon juice
Topping:
- 150 ml whipping cream
- Buah – buahan segar kegemaran anda
Cara – cara memasak:
- Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan cream of tartar ataupun jus lemon.
- Masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
- Pukul sehingga kelajuan maksimum sampai adunan menjadi betul kental selama 10 ke 15 minit.
- Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
- Cedok dan letakkan keatas dulang yang telah dilapik kertas minyak.
- Ratakan dan bakar dalam suhu 130C (api atas bawah) selama 1 jam setengah.
- Pukul whipped cream sehingga kental dan sapukan diatas pavlova tadi.
- Potong buah – buahan segar dan tabur di atas pavlova.
- Siap!
6) Resepi Butter Cake
Seterusnya resepi kek butter, ini adalah antara yang paling lama digunakan oleh orang tua kita. Kek ini suatu masa dahulu diperbuat daripada marjerin dan bukannya butter seperti sekarang. Cara pembuatannya suatu masa dahulu ialah menggunakan tangan jadi ia memerlukan tenaga dan masa yang agak lama. Namun bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan kering
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- Bahan basah
- Butter 250g
- 1 cawan gula halus
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang bulat saiz 8”
- Ayak bahan kering, ketepikan.
- Pukul bahan basah iaitu butter dan gula hingga pucat, masukkan telur satu demi satu. Tambahkan esen vanila sekali.
- Kaup balik bahan basah ini dengan tepung berselang seli.
- Masukkan dalam loyang kek dan bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
- Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidangkan.
7)Resepi Kek Marble Kampung
Seterusnya resepi kek marble kampung, resepi ini seperti resepi kek marble yang lain ia diperbuat daripada marjerin atau Planta. Pembuatannya juga tidak jauh berbeza nama sebagai salah satu koleksi bagi anda yang menggemari mencuba resepi baru berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan kering
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- Bahan-bahan basah
- 1 1/2cwn gula pasir
- 1 1/2cwn majerin/planta
- 6 biji telor
- 1sudu esen vanila.
- ¼ cawan susu cair/segar
Untuk marble.
- 1 sudu besar serbuk koko.
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang saiz 8”.
- Mula-mula pukulkan gula bersama marjerin/planta hingga putih/pucat
- Masukkan telur satu persatu, pastikan ia sebati sebelum menambah telur yang lain.
- Akhir sekali masukkan susu dan tepung secara berselang seli.
- Apabila semua bahan telah sebati. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
- Masukkan adunan vanila kedalam loyang dahulu dan kemudian masukkan adunan coklat dan tompok-tompokkan keatas adunan kek vanila tadi.
- Dengan menggunakan lidi corak-corakkan kek seperti marble.
- Bakar selama 40 minit sehingga kek masak, uji dengan lidi untuk memastikan kek masak dengan betul.
- Sejukkan kek diatas redai sebelum dihidangkan.
8)Resepi Kek Black Magic
Seterusnya ialah resepi kek black magic. Kek ini sebenarnya ialah kek chocolate tetapi ia menggunakan beberapa bahan yang berbeza. Ia juga dikukus tidak dibakar seperti kebiasaan kek.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan kering
- 2 cawan tepung naik sendiri jenama blue key
Bahan-bahan basah
- 4 biji telur
- 250g butter
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu Dutch lady perasa coklat
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk coklat hitam
Kaedah
- Mula-mula panaskan pengukus dan sediakan loyang yang sesuai iaitu loyang bulat saiz 8”.
- Kemudian kisar semua bahan-bahan basah dan kaup balik dengan bahan kering tadi.
- Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disediakan dan kukus selama 50 minit sehingga ia masak.
- Keluarkan dan sejukkan diatas redai apabila ia telah masak, jangan lupa uji dengan lidi untuk memastikan kek benar-benar telah masak.
- Kek boleh dihiasi dengan ganache coklat.
9)Resepi Kek Coklat Lava
Seterusnya resepi kek coklat lava, kek ini mempunyai chocolate yang cair di dalamnya. Di luarnya pula ialah kek coklat yang biasa kita jumpa di mana ia boleh dibeli di kedai kek. Bagi anda yang ingin mencuba dan merasai sendiri kelainannya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 2 cwn tepung gandum
- 3/4 cwn serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikabonat
B
- 1/2 cwn gula kastor
- 4 biji telur
- 1 cawan minyak masak
- ½ susu manis
- 1 ½ cawan air panas mendidih
Topping
- 100gram coklat gelap (dark chocolate)
- 100g krim masakan/susu cair (whipped cream )
Kaedah
- Panaskan pengukus dan sediakan acuan yang sesuai yang bersaiz 8”.
- Mula-mula ayakkan bahan-bahan A, kemudian tambahkan bahan B satu persatu dimulai dengan gula dan diakhir dengan air panas mendidih.
- Kacau semua bahan sebati sebelum menambahkan bahan lain.
- Masukkan kedalam acuan yang telah disediakan tadi.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping pula.
- Cairkan coklat dengan teknik double boil, kemudian masukkan susu cair.
- Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi sebati.
- Apabila kek telah masak, tuang choc topping tadi dibahagian tengah.
- Taburkan koko dibahagian atas sebagai hiasan.
- Apabila dipotong, coklat akan mengalir keluar seperti lava.
- Siap.
10) Resepi Kek Cheesekut
Seterusnya adalah sejenis kek yang tidak perlu dibakar. Bahannya juga amat ringkas dan mudah didapati. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Syuhada Che Din dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 200-250g cream cheese
- 1 paket biskut cream crackers
- 1 kotak kecil susu segar
- 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)
Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)
Langkah – langkah yang menarik:
- Kisarkan cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
- Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap.
- Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama.
- Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
- Kemudian tabur topping. Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
- Dah siap!
- Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
- Selamat mencuba!
11)Resepi Chocolate Burnt Cheesecake
Seterusnya ialah resepi cheesecake yang telah viral kebelakangan ini. Chocolate burnt cheesecake menggunakan bahan yang amat minima. Ia amat mudah di sediakan dan juga mudah untuk dibakar kerana ia tidak menggunakan teknik stim bath. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 500 g cream cheese
- 120g gula caster/halus
- 5 biji telur gred A atau B
- 200ml krim putar
- 250g dark chocolate yang dicairkan
- 10g serbuk koko
- 10g tepung jagung
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 220c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Gris dan lapik loyang bulat saiz 8” dengan kertas minyak yang besar hingga keluar dari loyang.
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.
- Dalam mangkuk kesin pengadun, pukul cheese hingga lembut.
- Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi hingga keduanya gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga gebu dan sebati.
- Barulah masukkan krim putar, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan pula coklat yang telah dicair.
- Gaul dulu kemudian pukul semula hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung dan serbuk koko.
- Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 220c selama 30 minit.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam didalam petiais sebelum keluarkan dari loyang.
- Siap.
12) Resepi Kek Pandan Chiffon
Seterusnya resepi kek chiffon pandan ini sebenarnya menggunakan bahan yang sangat minima. Namun ia memerlukan teknik yang sedikit berbeza untuk menghasilkan kek yang ringan dan gebu serta cair dimulut. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 225g tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh baking powder
B
- 6 biji kuning telur
- 105g gula halus
- Secubit garam
C
- 125ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
- 162ml jus pandan (lebih kurang 5 helai)
- 1 sudu teh emulco pandan
- 165ml santan (kalau santan pekat sangat boleh campur air sikit)
D
- 6 biji putih telur
- 105g gula halus
- 1 sudu teh cream of tartar
- 2 sudu teh jus lemon
Kaedah
- Panaskan oven 170C.
- Ayak bahan A dan ketepikan.
- Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang & warnanya kuning pucat.
- Kemudian, masukkan bahan C. Putar hingga sebati.
- Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam campuran B+C dengan menggunakan spatula.
- Kacau dengan kaedah kaup balik. Cukup sekadar sebati sahaja. Jangan terlebih kacau.
- Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang kering lagi bersih. Putar putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putar lagi. Kemudian, masukkan gula & putar lagi sampai kembang dan kental (stiff peak) dimana ia takkan jatuh kalau terbalikkan mangkuk.
- Masukkan 1/3 adunan putih telur / meringue kedalam adunan A+B+C tadi dengan menggunakan spatula (kaedah kaup balik) sehingga sebati.
- Masukkan semua meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik hingga sebati. Ketika ini, adunan sangat gebu dan ringan.
- Masukkan ke dalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Loyang tak perlu letak kertas/minyak. Tuang gitu je.
- Sejukkan dengan kaedah telangkupkan loyang supaya kek tak mendap. Lebih kurang 2 jam.
13) Resepi Kek Kukus Butter
Kebiasaan kek-kek perlulah dibakar, Namun berbeza dengan resepi seterusnya ini kerana ia adalah resepi kek kukus butter. Bahannya juga amat minima dan mudah ditemui dan anda boleh mengukusnya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 125 gm gula castor
- 1/2 sudu ovallet
- 1 sudu susu pekat manis
- 200 gm mentega/butter
- 190 gm tepung kek
- 1 sudu teh esen vanila
Kaedah
- Pukul telur, gula, dan ovallet sampai putih dan pekat.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
- adunan tadi.
- Kacau butter bersama dengan susu pekat manis
- sehingga lembut
- Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit – 1 jam.
- Pastikan pengukus telah panas dan penutup dibalut dengan kain agar air tidak menitis diatas adunan kek.
14) Resepi Kek Fruit Pastry
Terusnya seterusnya resepi kek yang juga viral beberapa tahun lalu. Kek fruit pastry ada kek yang menggunakan buah-buahan segar sebagai isinya. Kek ini istimewa kerana mempunyai inti buah-buahan segar dan anda haruslah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- Butter 100g
- Gula halus/caster 160g
B
- 3 biji telur
- Parutan kulit oren/lemon1 sudu teh
- Esen vanila 1 sudu teh
C
- Tepung gandum 210g
- Serbuk penaik 1 sudu teh
D
- Yogurt natural 100g
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang bulat bersaiz 8”, gris dan lapik dengan kertas minyak.
- Menggunakan mesin pengadun, pukul bahan A hingga putih.
- Kemudian masukkan bahan B bermula dengan telur sebiji demi sebiji. Diikuti dengan parutan kulit oren dan esen vanila.
- Apabila semua telah sebati, tanbahkan bahan-bahan C pula. Adun hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan D.
- Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
- Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
- Keluar dan sejukkan, sedia untuk dinikmati.
15) Resepi Kek Crown Chiffon
Sejenis lagi kek viral yang telah menjadi tarikan peminat pembuatan kek. Kek crown chiffon adalah sejenis kek chiffon yang menggunakan loyang yang kecil dan menghasilkan kek yang lebih tinggi dari loyangnya. Sebab itu ia dinamakan begitu, kek ini amat sedap dan anda haruslah mencubanya.
Bahan – bahan
A
- 4 biji kuning telur
- 40g minyak jagung/minyak masak
- 45g jus oren/perisa oren sunquick
- 70g tepung kek/tepung gandum
B
- 4 biji putih telur
- ¼ sudu teh cream of tartar / ½ sudu teh cuka
- 50g gula halus/gula castor (tambahkan dengan 1 sudu teh tepung jagung )
Kaedah
- Mula-mula sediakan loyang saiz 6” x 3”. Loyang ini tidsk perlu digris atau dilapik kertas minyak.
- Panaskan oven pada suhu 180c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Kemudian panaskan minyak jagung sedikit, segera tutup api.
- Dan masukkan jus oren, kacau kedua bahan agar sebati.
- Kemudian baru masukkan tepung gandum.
- Apabila telah sebati, ketepikan bahan A ini dahulu.
- Bahan B pula, pukul telur putih sehingga berbuih kasar.
- Kemudian masukkan sedikit cream of tartar.
- Sambung pukul dan kemudian masukkan gula pula.
- Selepas itu terus pukul meringue ini hingga ia menjadi adunan yang ertanduk (stiff).
- Bakar pada suhu 180c selama 5-10 minit.
- Kemudian dalam masa kurang seminit dan keluarkan serta kelar kek dengan pisau kepada enam belahan.
- Masukkan segera kek dan bakar selama 30-40 minit sehingga merekah dan pecah dibahagian atasnya.
- Uji kek dengan lidi sebelum mengeluarkan ia dari oven.
- Sejukkan kek dengan cara meletakkan kek diantara dua bekas yang tinggi.
- Sejukkan selama 30 minit, barulah keluarkan kek dari loyangnya.
- Siap!
16)Resepi Kek Coklat
Seterusnya ialah kek coklat yang paling senang untuk di sediakan.Resepi kek coklat yang menarik ini telah dikongsikan oleh Raihana Anuar di laman Facebook miliknya. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Bahan blender:
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 2 biji telur
- 1 sk Esen vanilla
Bahan ayak:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sk baking powder
- 1 sk soda bikarbonat
Bahan ganache:
- 1/2 buku butter
- 3 sudu serbuk koko
- Susu cair
- Susu pekat manis
Cara – cara penyediaannya:
Kek:
- Masukkan bahan blender ke dalam blender, blender hingga kembang. Kemudian keluarkan dan masukkan ke dalam bekas.
- Ayak semua bahan ayak. Masukkan bahan ayak sikit-sikit dalam bahan yang di blend tadi. Boleh blend atau kacau rata . Gaul sehingga sebati dan tidak berketul.
- Sapukan butter di dalam bekas acuan. Kukus 45 minit. Kalau belum cukup masak, boleh tambah masa lagi.
- Curah ganache ke atas kek.
Ganache:
- Cairkan butter 1/2 buku, masukkan serbuk koko 3 sudu, masukkan susu cair, masukkan susu pekat manis.
- Kacau hingga agak pekat. Tunggu suam. Lepas suam ganache akan lebih pekat @ kental.
- P/s: Ganache jangan terlalu manis, sedang-sedang sahaja. Semasa tuang ganache ke atas kek, cucuk-cucuk kek menggunakan chopsticks untuk memastikan ganache meresap ke dalam kek.
17)Resepi Kek Sunquick Moist
Seterusnya ialah kek sunquick moist versi kukus ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Mazaliza Mahayuddin di laman sosial Facebook. Ia sangat sedap dan mudah ditemui biasanya ia dihidang ketika merayakan hari raya jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 3 cwn tepung gandum*
- 1 st baking powder*
- 1 st soda bikarbonat*
- 5 biji telur B
- 2 sb parutan kulit buah sunkist
- 1/2 cwn sunquick (Perisa Oren)
- 2/3 cwn gula
- 2/3 cwn susu pekat manis
- 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
- 1 cwn air panas
- Sedikit pewarna kuning
- P/s: Satukan bahan yang bertanda *.
Cara – cara penyediaannya:
- Blender telur, gula, sunquick dan susu.
- Masukkan semua bahan blender ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan tepung,minyak dan air panas.
- Masukkan kulit limau sunkist yang telah diparut dan pewarna kuning dan kacau hingga sebati.
- Kukus selama 1 jam.
- Siap.
18)Resepi Basque Brunt Cheesecake
Seterusnya resepi cheese cake yang sengaja dibiarkan terbakar. Kek ini amat unik dan dia mempunyai rasa yang sedap bagi anda yang meminati cheese dan rasa sedikit pahit anda sepatutnya mencuba resepi ini berikut adalah hanya diperlukan.
Bahan-bahan untuk loyang bulat saiz 6”
- 250g cream cheese
- 70g gula caster
- 1 biji kuning telur
- 2 biji penuh telur
- 1 sudu besar tepung kek
- 120g krim putar
Kaedah
- Sebelum mula, panaskan oven pada pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Lapikkan loyang dengan kertas minyak, lastikan saiz kertas itu lebih besar dari loyang agar ia mempunyai lebihan di bahagian luar.
- Mula-mula dengan menggunakan ‘stand mixer’, pukul cheese dan gula hingga sebati dan putih.
- Kemudian tambahkan kuning telur, pukul hingga ia benar-benar sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji, tambahkan setiap satu selepas yang mula dimasukkan itu tidak kelihatan.
- Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan whip cream, dan pastikan ia juga dipukul sebati.
- Adunan sangat cair, jadi tuang terus kedalam loyang.
- Bakar pada suhu 200c selama 50 minit.
- Jika ia tidak cukup hangus, nyalakan api dibahagian atas sahaja dan bakar lagi 10 minit.
- Apabila telah siap,biarkan ia sejuk didalam loyang dahulu.
- Keluarkan ia dengan cara mengangkat kertas itu,hidangkan bersama kertas. Buka kertas semasa hendak potong kek.
- Siap.
19)Resepi Kek Karamel
Seterusnya kek viral yang sangat mudah disediakan di rumah. Kek ini telah mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran terutamanya dalam pasaran kek homemade. Bagi anda yang tidak pernah mencubanya berikut adalah bahan-bahan
Bahan karamel (Gula hangus)
- 2 sudu besar gula pasir
Bahan-bahan puding
- ½ susu cair
- 70g gula kastor
- ½ esen vanila
- 3 biji kuning telur
Bahan-bahan kek ciffon
A
- 140g tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 70g kuning telur
- 135ml air
- 45ml minyak masak
B
- 6 biji telur putih
- 70g gula kastor
- 1 sudu teh cream of tartar
Kaedah
- Panaskan oven, Sediakan loyang bersaiz 8” bulat tapi jangan griskan loyang. Tidak perlu juga lapik dengan kertas minyak.
Karamel
- Taburkan gula dalam loyang kek,kemudian panaskan atas api yang kecil.Tujuannya agar gula menjadi sampai perang (karamel).
- Tutup api dan alihkan loyang tadi.
Bahagian puding.
- Bancuh bahan-bahan puding bermula dengan susu,gula kemudian diikuti dengan telur dan esen vanila. Kacau sekadar sebati tapi jangan sampai berbuih.
- Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah dibuat karamel (gula hangus) tadi.
Bahagian kek chiffon
- Ayak tepung bersama serbuk penaik dahulu.
- Pukul telur bersama air hingga ia kembang.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bila telah sebati,masukkan minyak masak. Gaul rata.
Buat meringuenya pula.
- Pukul bahan B iaitu telur putih sehingga ia putih,tambah gula sedikit demi sedikit dan diisudahi dengan cream of tartar. Pukul hingga meringue bertanduk dan tidak bergerak bila diterbalikkan.
- Kemudian tambahkan ia kepada bahan A yang telah dipukul sebati tadi. Kaup balik sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi gebu.
- Asingkan adunan ni kepada 3 bahagian untuk 3 warna, boleh juga jika inginkan 2 warna.
- Tuang adunan berwarna ini secara selang seli kedalam loyang berisi bancuhan puding tadi sehingga habis semua adunan tersebut.
- Bakar ia dengan teknik “steambath” selama 40 min.
- Bila telah masak, biarkan ia sejuk dahulu sebelum menterbalikkan ia. Ini untuk mengelakkan karamel puding pecah.
20) Resepi Kek Span Pandan
Satu lagi resepi kek yang boleh boleh dinikmati tanpa menggunakan sebarang hiasan, iaitu kek span pandan. Kek ini tidak banyak bezanya berbanding dengan resepi kek sponge. Jadi jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 4 biji telur gred B
- ½ cawan gula kastor
- 1 sudu teh ovallete
B
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
C
- ¼ cawan santan
- 1 sudu teh esen/emulco pandan
- 1sudu teh pewarna hijau
D
¼ cawan mentega cair
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Gris dan lapikkan kertas minyak pada loyang bulat saiz 8”
- Pukul bahan A hingga kembang.
- Masukkan bahan B perlahan-lahan agar tepung tidak berterbangan.
- Masukkan bahan C sehingga adunan menjadi sebati dan gebu.
- Padamkan mesin pengadun.Dengan menggunakan spatula dan teknik kaup balik, masukkan bahan D .
- Tuang kedalam loyang yang telah digris tadi.
- Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
21) Resepi Kek Mentega
Seterusnya adalah resepi kek mentega, jika anda perhatikan dalam koleksi resepi ini mempunyai beberapa persamaan tetapi sebenarnya bahan-bahan yang digunakan ada sedikit perbezaan dan cara menyediakan ia sedikit berbeza jadi bagi mengetahui apakah perbezaan itu apa kata anda cuba sendiri resepi ini.
Bahan-bahan
A
- 250g butter
- 180g gula halus
B
- 4 biji telur gred A / 5 biji telur gred B
- 1 sudu teh esen vanila
C (Ayak)
- 250g tepung gandum
- 5 g (1 sudu teh) serbuk penaik
D
½ cawan susu segar.
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Gris dan lapikkan kertas minyak pada loyang bulat saiz 8”
- Pukul bahan A hingga gebu dan pucat.
- Masukkan bahan B satu persatu,masukkan esen vanila.
- Pukul hingga semuanya menjadi gebu.Matikan mesin pengadun.
- Dengan menggunakan spatula dan teknik kaup balik, masukkan bahan C dan D secara berselang seli.Mula dengan bahan C dan akhiri dengan bahan C juga.
- Tuang kedalam loyang yang telah digris tadi.
- Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
22)Resepi Marble Sponge Cake
Seterusnya resepi kek marble sponge, resepi ini dikongsikan oleh Noor Hafizah dan banyak komen positif serta perkongsian terdapat di laman media sosial beliau. Sudah tentu ianya sedap dan mudah di sediakan jadi bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah resepi bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 60g butter ( cairkan )
- 3biji telur ( asingkan putih & merah )
- 65g tepung superfine
- 1sk serbuk penaik
- 1sk garam
- 45g susu segar
- 50g gula castor
Cara – cara menyediakannya:
- Masukkan tepung, serbuk penaik & garam ke dalam bekas butter yang cair. Kacau sampai sebati.
- Masukkan kuning telur & susu ke dalam bekas tepung. Kacau dan kacau.
- Pukulkan putih telur dan gula sampai kembang gebu.
- Campur no 1, 2 ke dalam bekas no 3 dan kaup balik guna spatula. Siap.
- Bakar pada suhu 170c selama 40minit, waterbath.
- Siap!
23) Resepi Kek Planta
Satu lagi resepi kek yang telah lama popular dan biasa didapati terutama ketika hari raya Aidilfitri iaitu kek planta. Resepi ini dikongsikan oleh Intan Diee Intan dan telah mendapat banyak likes dan share di Facebook. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 1 cwn gula(kisar halus)
- 1 cwn planta
- 2 cwn tepung gandum
- 6 biji telur gred C (asing putih & kuning)
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar esen vanila
- 1 sudu besar ovelet
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara – cara memasak:
- Ayak tepung bersama soda dan baking powder (ketepikan dulu)
- Campurkan telur putih sehingga kembang maringue dlm 3 minit (ketepikan dulu)
- Didalam bekas lain, campurkan gula dan planta sehingga kembang dalam 3 minit.
- Masukkan kuning telur sebiji – biji dan kacau sampai kembang.
- Kmudian, masukkan esen vanila, ovelet, dan telur putih tadi dan kacau lagi sampai kembang.
- Masukkan tepung dan kacau dengan senduk bagi sebati.
- Panaskan oven 180°C
- Asingkan beberapa bahagian utk pewarna.
- Sapu loyang dengan sedikit planta kmudian tuangkan adunan tadi selang seli sehingga habis.
- Bakar adunan selama 50 minit api atas bawah 180°C
- Apabila bahagian atas nampak sudah garing, cucukkan dengan lidi untuk pastikan kek sudahpun masak.
- Siap!
24) Resepi Kek Batik Oreo
Berikut adalah sejenis resepi kek yang tidak perlu di bakar-bakar. Kek batik adalah sejenis sikit yang diperbuat daripada biskut. Ini sangat mudah untuk disediakan dan kali ini perkongsian daripada Ida Suzana menggunakan biskut Oreo ke atas kek batik menjadikan kek batik ini jadi lain dan lebih menarik
Bahan-bahan :
- 1 ketul buttercup (250 g)*,
- 2 cawan serbuk milo/vico* saya guna vico,
- 3 sudu serbuk koko *,
- ½ tin susu pekat *,
- Sepaket biskut marie,
- Sepaket biskut Oreo,
- 1 sudu kecil Esen vanilla *.
Cara-cara :
- Panaskan kuali, masukkan butter dan cairkan.
- Masukkan semua bahan bertanda*.
- Kemudian patahkan biskut marie dan campurkan adunan coklat bersama biskut. Ratakan dalam Loyang.
- Atas sekali susun biskut Oreo.
- Kemudian sejukkan dan masukkan dalam peti ais.
- Potong dan hidangkan.
25)Resepi Kek Apam Susu
Resepi terakhir dalm koleksi ini ialah sejenis resepi kek apam. Wanie Ramli Ramli berkongsikan resepi kek apam susu gebu dan cantik di laman Facebook. Kini agak istimewa kerana dia sebenarnya adalah apam tetapi ia kukus dalam acuan kek.Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- 4 biji telur gred A,
- Susu pekat 4 sudu besar,
- Gula 1 cawan (boleh kurangkan jika tidak suka manis sangat),
- Esen vanilla 1 sudu teh kecil,
- Ovelette 1 sudu besar,
- Tepung gandum 2 cawan diayak.
Cara-cara :
- Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovelette sampai kembang.
- Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan sedikit-sedikit tepung gandum yang diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
- Asingkan dalam 3 atau 4 bekas. Warnakan ikut warna kesukaan.
- Masukan dalam loyang secara selang seli.
- Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 menit atau sehingga masak.
- Jangan lupa sapukan marjerin pada loyang. Untuk elakkan kek melekat pada acuan.
Itulah dia 25 resepi kek yang tidak perlu dihias dan sangat digemari dari dulu hingga kini. Walaupun tanpa hiasan tetapi kek-kek ini sesuai juga untuk meraikan majlis keraian. Resepi-resepi yang disimpan di sini adalah resepi yang telah di cuba dan ternyata menjadi malah ia juga amat. Sesuai dijadikan hidangan minum petang harap anda akan kongsikan koleksi ini untuk dimanafaatkan bersama. Selamat mencuba!
Kredit : Rencah Rasa
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
0 Comments