Resepi Biskut Peanut Butter (Buat Anda Teringat – ingat!)

Biskut peanut butter merupakan satu inovasi biskut raya yang amat digemari. Ia menggunakan peanut butter sebagai bahan utama nya.

Resepi Biskut Peanut Butter (Buat Anda Teringat – ingat!)

Jika sebelum ini biskut kacang menggunakan kacang tanah yang ditumbuk sehingga halus namun berbeza kali ini kerana ia menggunakan peanut butter yang lebih moden, mudah didapati dan mudah untuk disediakan.




Bagi yang tertanya – tanya akan rasa biskut ini, buat si pencinta kacang, pasti anda akan menggemarinya. Ianya juga sudah tentu sedap kerana ia telah mendapat banyak perkongsian dan digemari oleh ramai orang, Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini dan rasai kelainannya! Anda juga boleh membuat aktiviti menyediakan biskut peanut butter ini sebagai aktiviti keluarga yang dibuat bersama anak – anak!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Aisyah My dan mendapat perkongsian sebanyak 7.2 ribu! Jadi apa tunggu lagi, scroll down lah ye!

Resepi Biskut Peanut Butter

Biskut Peanut Butter

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 – 1 1/2 cawan margerin planta
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum (disangai)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 botol kecil peanut butter Lady’s Choice (200 gm)
  • Kismis
loading...

Cara – cara memasak:

  1. Satukan magerin (1 cawan dahulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul rata.
  4. Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut (Bila dipicit tak merekah). Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut. Kalau lembik, tambah sedikit tepung gandum.
  5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan 13 gram sebiji utk acuan.
  6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
  7. Bakar pada  180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada oven.

Imej via Facebook

Saji.my.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

0 Comments