'Alhamdulillah, Semuanya Dah Selesai' - Kawan Liat Bayar Hutang, Mangsa Heret Ke Mahkamah

Adat berhutang, si peminjam haruslah bayar apabila sudah berjanji pada waktu dan tarikhnya. Bukannya mendiamkan diri dan terus mengelak dari membayar hutang.

'Alhamdulillah, Semuanya Dah Selesai' - Kawan Liat Bayar Hutang, Mangsa Heret Ke Mahkamah
'Alhamdulillah, Semuanya Dah Selesai' - Kawan Liat Bayar Hutang, Mangsa Heret Ke Mahkamah

Namun berapa ramai yang masih mengamalkan sikap berpegang kepada janji sendiri? Rata-ratanya memilih untuk terus menghilang. Jika berhutang dengan rakan, anda mungkin masih selamat. Tetapi jika berhutang dengan Ah Long, selamat anda terus ke tanah kubur.

ARTIKEL MENARIK: 7 Produk Ubat Darah Tinggi Diarah Tarik Balik Kerana Mengandungi Bahan Aktif Yang Boleh Sebabkan Kanser..

Jadi, bagaimana caranya untuk menuntut hutang dari si peminjam yang degil nak mati ini? Caranya senang, ikut petua dari lelaki ini.

ALHAMDULILLAH, selesai sesi penghakiman di Mahkamah Sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang-undang untuk paksa dia bayar dalam masa 30 hari bermula dari hari ini.


So kepada kawan-kawan lain yang ada orang berhutang dengan anda tetapi liat nak membayar, anda boleh menggunakan cara ini. Tak perlu lawyer pun.

Loading...

Just pergi ke Mahkamah Sivil, cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa dan fakta pinjaman yang diberi (mesti RM5,000 ke bawah sahaja yea!).

Mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan untuk bayaran segera dalam masa 30 hari.

Kalau masih tidak dibayar dalam tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta disita atau waran tangkap akan dikeluarkan untuk si peminjam ditahan.

loading...


Inilah pengalaman saya hari ini. First time masuk kamar penghakiman. First time tengok hakim dan lawyer-lawyer bekerja. Tengok muka lawyer kes lain semua stress saja. Hehehe! Okeylah.

Apa pun syukur semuanya sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amiinn.

Sumber: The Reporter


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

Post a Comment

0 Comments