Bunga Paling Wangi Di Dunia, Merawat Penyakit Insomnia (Susah Tidur), Menenangkan Pikiran dan Hati… Inilah 8 Manfaat Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberosa) Yang Ramai Tidak Tahu
![]() |
Bunga Paling Wangi Di Dunia, Merawat Penyakit Insomnia (Susah Tidur), Menenangkan Pikiran dan Hati… Inilah 8 Manfaat Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberosa) Yang Ramai Tidak Tahu |
BUNGA SUNDAL MALAM
POKOK BUNGA SUNDAL MALAM (Pollianthes tuberosa) merupakan jenis bunga paling wangi di dunia iaitu tumbuhan daripada keluarga Asparagaceae sama seperti tanaman asparagus. Tumbuhan ini lazimnya ditanam dikawasan halaman rumah atau ditaman bunga atau taman rekerasi atau taman herba untuk mendapatkan aromanya yang sangat wangi.
Loading...
ARTIKEL MENARIK: Video Kenangan Yang Paling Manis Ketika Sultan Muhammad V Menjadi Agong. Kenangan Ini Yang Paling Diingati Rakyat Malaysia
Lawatan penulis ke Taman Herba Perak dan Projek Tanaman Herba Sundal Malam di Brisu, Alor Gajah membuatkan saya ingin menulis dalam blog ini.. Pokok ini merupakan pokok renek yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan mistik masyarakat Melayu. Sejak dulu kita pernah dimomokan yang kononnya aroma bunga ini menarik perhatian pontianak. Dalam filem Melayu pun ada kisah filem popular ‘Bunga Harum Sundal Malam’ yang mencecah box-office beberapa tahun dahulu. Lain pula halnya bagi masyarakat India zaman silam dimana bunga ini sering digunakan orang Hindu dalam acara keagamaan mereka. Aroma bunga yang terbit pada waktu malam ini dipercayai mampu meningkatkan keinginan seks. kepada manusia yang menghidunya. Terdapat petua dimana ada kepercayaan sehinggakan gadis yang belum berkahwin dilarang menghidunya. Dalam menyelami budaya kita lazimnya kehebatan bunga ini menjadi hiasan utama bilik pengantin. Amat jarang orang kita menjadikan tanaman ini sebagai sejenis tanaman herba komersil untuk dijadikan satu industri. Artikel petang ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai bunga sundal malam berdasarkan lawatan ladang dan temubual dengan penanam herba tersebut untuk rujukan.
Dalam penulis cuba mengenali bunga ini, saya mendapati yang bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tumbuhan Tuberose dipercayai ia berasal dari Amerika Tengah. Kebanyakan bunga segar ini akan menghasilkan bau wangi diman ia akan mula kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya bergantung kepada cara penyimpanan. Bunga sundal malam mempunyai sifatnya berbeza sama seperti bunga melur dimana walaupun setelah bunga dipetik, ianya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Di negara kita dan negara jiran Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijadikan bunga rasmi dibeberapa lokasi. Kata “malam” yang melekat pada bunga ini kerana buunga ini memang mekar dan mengeluarkan wangi semerbak waktu malam hari. Tumbuhan yang tumbuh menegak dan cantik ini mempunyai kelopak bunga berwarna putih ini merupakan tanaman berumbisi atau tuber. Laporan menyatakan ada sebanyak 12 jenis bunga sundal malam.
Jenis pokok bunga sundal malam adalah berumpun seperti bunga bakung atau pokok ‘spider lily’. Lazimnya ia mempunyai ciri ketinggian pokok kurang dari 3 meter. Lazimnya warna daun adalah hijau berkilat (Sila lihat foto disebelah) dan mempunyai bunga bewarna putih kekuningan dengan pelbagai bentuk. Apa yang unik adalah kerana bunga ini akan menghasilkan bau wangi terutama diwaktu malam dengan kuat. Kewangiannya tidak hilang apabila dipetik tetapi agak tahan lama sama seperti bunga melur. Penulis mendapati satu kaedah menanam adalah dengan menggunakan bebawangnya (bulb) dimana selalunya bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam dengan cara penyimpanan betul. Keperluan untuk menanam dimana pokoknya memerlukan pendedahan terus kepada cahaya matahari dan kurang sesuai dukawasan bernaung. Apa yang menjadi ciri kehebatan bunga ini adalah nilai minyak pati bunga ini adalah sangat mahal (oil extract) dimana ia sering digunakan sebagai bahan wangian untuk mengatasi masaalah stres sebagai penenang fikiran.
Dalam saya membuat banyak rujukan, didapati penggunaan bunga sundal malam ini telah dikomersilkan di negara India. Bunga sundal malam telah pun digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan ‘mood yang romantik’ terutamanya untuk pengantin baru atau yang baru kahwin. Dinegara India juga ada petua dimana anakgadis yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam. Ini adalah kerana dipercayai dan juga amat dikhuatiri aroma bunga ini ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Bunga ini dikenali dengan nama ‘ratkirani’ yang membawa maksud ‘mistress of the night’. Dalam kajian mereka dipercayai bahawa bau bunga sundal malam dapat menambah dan meransangkan ‘tenaga chakra’. Tenaga ini juga merupakan tenaga yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa Psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya). Minyak pati dari bunga ini boleh dihasilkan melalui proses ‘extraction’ dengan jumlah yang diperolehi amat sedikit. Bagaimana pun nilai mintak ekstrak amat tingi dipasaran antarabangsa dan ia memang tidak sama dengan minnyak wangi tiruan yang ada dijual.
KHASIAT BUNGA HARUM SUNDAL MALAM (BUNGA SEDAP MALAM)

‘Polianthes Tuberosa’
Sedap malam lebih dikenal sebagai bunga hias. Wanginya yang seharum melati bermanfaat menenangkan hati orang di sekitarnya. Namun, sebenarnya bunga sedap malam punya sejumlah manfaat untuk kesehatan, mulai dari mengobati keluhan susah tidur, influenza, sampai rematik.
Bunga yang berasal dari Mexico ini juga disukai di manca negara. Masyarakat Jepun menggunakan bunga sedap malam sebagai lambang cinta. Di Thailand, bunga yang harum di malam hari ini adalah kesayangan para perangkai bunga karena sifatnya yang harum dan tidak mudah layu. Tak heran bila bunga yang dikenal di luar negeri dengan nama tuberosa ini dijumpai menghiasi altar di gereja-gereja.
Kekasih Gelap
Tidak jelas mengapa disebut demikian. Namun, ada tahyul kuno di Perancis yang melarang anak gadis menghirup wangi bunga ini di kala malam karena akan membawa suasana romantis dalam diri mereka. Larangan yang sama juga berlaku di India dengan alasan yang sama pula, sehingga bunga ini diberi nama rat ki rani (kekasih gelap).Keharumannya yang tak kalah dengan bunga melati membuat sedap malam dijuluki di luar negeri sebagai kesenangan yang berbahaya.
Meski ada kepercayaan demikian di India, pengobatan kuno dari India, Ayurveda, mengakui khasiat bunga yang juga disebut orang Sunda sebagai sundel malam ini bagi kesehatan. Menurut Ayurveda, sedap malam dikenal boleh memperbaiki ketenangan fikiran seseorang. Bunga ini dapat membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fisik seseorang.
Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang karena kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mengurusi bagian kreativiti. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di fikiran dan hati.
Pada pengobatan tradisional masyarakat Nusantara tidak ada penjelasan seperti dalam Ayurveda. Namun, nenek moyang kita telah menggunakan keharuman bunga yang juga bernama Yek Lai Siang ini untuk menenangkan hati di kala perkabungan.
Hiasan bunga sedap malam pada upacara perkawinan di Nusantara memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Praktik ini masih terus berlangsung sampai sekarang. Bahkan para pengelola spa menaburkan petikan bunga di kolam pemandian untuk memberi ketenangan pada orang yang berendam.
Menurunkan Panas
Sayangnya, tak seperti lavender yang minyak esensialnya dikenal luas menenangkan fikiran, minyak esensial bunga sedap malam sulit didapat. Menurut Lisa Maliga, seorang penulis di The Chamomile Times and Herbal News, tidak ada “minyak esensial” bunga sedap malam. Sebab, bunga ini tidak tahan terhadap temperature tinggi ketika disuling menjadi minyak esensial.
Dari yang ditulis oleh Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma, pakar pengobatan tradisional dan tumbuh-tumbuhan berkhasiat obat, diketahui bahwa sedap malam bersifat manis, sejuk, dan sedikit tawar.
Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas (antipiretik) dan menghilangkan bengkak. Sementara itu, kandungan kimia yang diketahui adalah sapogenin.Secara ilmiah, baru sedikit manfaat untuk kesehatan yang terungkap dari bunga sedap malam.
Bagian tanaman yang dipakai sebagai obat adalah bagian bunga dan akar. Keduanya dapat diolah untuk pemakaian luar dan dalam. Prof. Hembing menyarankan agar pengobatan dengan ramuan sedap malam ini dilakukan secara teratur. Namun, penderita penyakit serius dan berat sebaiknya tetap berkonsultasi dengan dokter.
Manfaat Bunga Sedap Malam Yang Ramai Tidak Tahu
Berikut ini beberapa resep yang menggunakan bahan bunga sedap malam sebagaimana ditulis oleh Prof. H.M. Hembing Wijayakusuma.
1. Katarak, Radang Mata
Rebus 50 kuntum bunga sedap malam dengan 1.500 cc air hingga mendidih. Tunggu sampai dingin. Setelah dingin, gunakan untuk mencuci mata.
2. Bisul (Furunculus) dan Bengkak (Edema)
Ambil akar sedap malam secukupnya lalu cuci bersih. Setelah itu tumbuk halus dan tempelkan pada bagian yang sakit.
3. Susah Tidur, Menenangkan Pikiran dan Hati, Penambah Darah, dan Pandangan Kabur
Bahan: 30 kuntum bunga sedap malam, 15 gram kie cie (boleh dibeli di toko obat Cina), 1-2 buah hati ayam, 2 siung bawang putih, 4 siung bawang merah, 10 gram halia, lada hitam, garam, dan kicap masing-masing secukupnya. Iris bawang putih dan bawang merah. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol secukupnya. Tambahkan tepung tapioka yang telah diencerkan secukupnya. Masak sampai matang.
4. Meningkatkan Stamina
Bahan: 50 kuntum bunga sedap malam, 50 gram kacang kapri, 1 butir telur ayam, 100 gram udang, 10 gram halia, 2 siung bawah putih, 4 siung bawang merah. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol secukupnya. Jangan lupa tambahkan tepung maizena yang telah diencerkan. Masak sampai matang.
5. Mempertajam Penglihatan
Bahan: 30 kuntum bunga sedap malam, 70 gram kacang kapri muda, 100 gram daging ayam, 75 gram lobak merah, 1 butir telur ayam, 10 gram halia, 2 siung bawang putih, 4 siung bawang merah, kicap manis dan garam secukupnya. Potong-potong daging ayam dan lobak merah. Kemudian siapkan bawang putih dan bawang merah yang telah diiris-iris. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol sampai matang.
6. Influenza
Bahan: 20 gram akar sedap malam, 15 gram halia, 2 batang daun bawang putih, 600 cc air bersih. Rebus bahan bersama air sampai tersisa separuh (300 cc). Air rebusan tersebut diminum dua kali masing-masing 150 cc.
7. Radang Tenggorokan, Bau Mulut, Suara Serak, Sakit Saat Menelan Makanan
Bahan: 20 gram akar sedap malam, 25 gram sambiloto segar, 600 cc air bersih. Rebus bahan bersama air sampai tersisa setengah (300 cc). Setelah itu saring dan minum dua kali sehari masing-masing 150 cc.
8. Rematik
Bahan: 30 gram akar bunga sedap malam, 20 gram halia merah, gula merah secukupnya, 400 cc air. Rebus bahan bersama 400 cc air hingga mendidih. Saring dan bagi dua bagian untuk diminum dua kali sehari.
Difahamkan inilah anak benih pokok bunga harum sundal malam



Kredit : Lubok Cerita Express.
0 Comments