Siapa yang ‘tiduri’ awak ?- netizen pelik 8 tahun tak disentuh isteri boleh hamil
![]() |
Siapa yang ‘tiduri’ awak ?- netizen pelik 8 tahun tak disentuh isteri boleh hamil |
setiap manusia pastinya mempunyai pelbagai kisah. begitulah kehidupan namun kisah yang kami kongsikan ini daripada perkongsian page KRT mengenai masalah suami yang tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya ikuti perkongsian dari page tersebut
Assalamualaikum Admin, saya ni kawin nak dekat 8 tahun dah tapi sekali pun suami sy tak pernah sentuh saya. Saya pun pelik.
Tapi saya dah ada anak sorang, itu pun sebab menggunakan kaedah iui. Anak dah masuk 3 tahun, saya teringin nak ada anak lagi tapi suami diam je.
Apa pendapat admin? Suami saya sayang saya ke? Sebab saya selalu tengok dia asyik pegang hp je. Tapi saya nampak yang dia memang sangat sayangkan anak kami. Buntu lah admin. Apa patut saya buat? Mphon hide fb saya.
ARTIKEL MENARIK: Respon Mufti Perlis apabila dikatakan boleh meliwat isteri ketika Haid
loading...
PANDANGAN NETIZEN
Apakah IUI dan bagaimana ia berfungsi?
Sesetengah pasangan mengalami masalah untuk hamil dan telah mencuba berbagai kaedah untuk mengandung. Pasangan ini memerlukan bantuan untuk hamil. Satu dari kaedah atau pilihan rawatan yang mungkin dicadangkan oleh doktor ialah kaedah IUI. Kaedah ini melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih perlahan atau tidak bergerak. Sperma yang bergerak pantas kemudiannya disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku
.
Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah IUI?
Doktor akan mencadangkan kaedah IUI jika :
1. terdapat kemandulan yang tidak dapat dijelaskan (unexplained infertility)
2. tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
3. pasangan lelaki anda mengalami mati pucuk atau ejakulasi pra-matang
4. Sperma lelaki tidak terlalu bermasalah (terlalu kurang atau rendah kualiti)
Loading...
Syarat syarat kaedah IUI
Satu dari syarat utama sebelum kaedah IUI dicadangkan, wanita itu wajib mempunyai salur fallopion ayng sihat dan tidak tersumbat. Ujian patensi tiub harus dilakukan dan ia akan menentukan status patensi salur fallopian. Patensi tiub fallopian boleh dinilai dan ditentukan oleh tiga jenis ujian iaitu:
1. Hysterosalphingogram (HCG): Ujian Xray dimana dye contrast di suntik masuk kedalam rahim melalui vagina dan Xray akan diambil pada masa yang sama. Pemandangan Xray akan menunjukkkan samaada aliran dye tadi dapat melalui salur fallopian dan keluar ke dalam abdomen dengan cepat. Ujian ini juga boleh menentukan sama bentuk dalaman rahim itu normal atau tidak dan boleh mengesan ‘polyp’ didalam rahim
2. Hysterosonogram: Ujian ini menggunakan cecair atau bendalir yang di suntik terus kedalam rahim dan menggunakan ultrasound untuk mengkaji pergerakkan bendalir didalam rahim
3. Diagnostic laparoscopy & dye: Dengan laparoskopi, pemandangan terus pelvis boleh diperolehi dengan memasukkan teleskop ke dalam abdomen.
Apabila pelvis dan tiub sihat, dye atau bendalir yang disuntik kedalam rahim bebas secara spontan melalui kedua-dua saluran. Tidak patut ada gangguan yang mungkin menghalang telur daripada mendapat akses kepada tiub terus ke ovari atau dari ovari balik kedalam rahim.
Bagaimanakah kaedah IUI dijalankan?
1. Peringkat persediaan telur (wanita)
IUI boleh dilakukan samada bersama sama dengan penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan pengeluaran telur atau tidak. Biasanya doktor pakar akan menggunakan ubat kesuburan seperti Clomiphene Citrate atau suntikan Follicle Stimulating hormone (FSH). Antara risiko penggunaan ubat ini adalah mengandung lebih dari satu, dan syndrome superovulasi ovari (Ovarian hyperstimulation syndrome).
Sebagi langkah persediaan, ubat subur akan diberikan bermula dari hari kedua haid sehingga hari ke tujuh atau kadang kadang hingga hari kesepuluh begantung kepada respon. Ujian ultrasound untuk mengikuti perkembangan telur akan dibuat setiap hari bermula pada hari ke 10 atau ke 12. Apabila telur telah membesar sehingga lebih dari 1.8 cm, suntikkan LH (OVidrel) atau hCG akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Wanita itu bersedia untuk kaedah IUI selepas 36-40 jam dari suntikkan tadi.
2. Penyediaan Sperma (lelaki)
Langkah 1. Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma pada hari rawatan IUI berlaku.
Langkah 2. Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekeliling mereka dan sperma yang berkembang pesat dipisahkan keluar.
Langkah 3. Sperma yang pantas bergerak diletakkan di dalam tiub kecil (tiub) dan telah sedia untuk dimasukkan ke dalam rahim.
3. Proses IUI
IUIIUI preocedure
Langkah 1: Alat spekulum (alat khas untuk membuka dinding faraj) akan dimasukkan kedalam faraj untuk membolehkan serviks atau pintu rahim dilihat dengan jelas.
Langkah 2. Satu tiub kecil (lembut, tiub fleksibel, tomcat catheter) kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim anda melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi di masukkan terus kedalam rahim melalui tiub ini.
Keseluruhan proses mengambil masa hanya beberapa minit. Prosedur ini boleh boleh menyebabkab rasa kurang selesa dan menyakitkan seperti senggugut tetapi hanya sementara.
Langkah 3. Anda mungkin ingin untuk berehat untuk masa yang singkat (20-30 minit) sebelum pulang ke rumah
Apakah kadar atau peluang kejayaan dengan IUI?
Ia adalah sukar untuk menilai kadar kejayaan untuk IUI kerana kejayaan bergantung kepada punca kemandulan dan sama ada ubat kesuburan digunakan untuk merangsang pengeluaran telur.
Secara umumnya mengikut sesetengah kajian kadar kejayaan (kelahiran bayi) mengikut umur adalah dilaporkan seperti berikut
16 % untuk wanita yang berusia di bawah 35
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
Lebih muda wanita berkenaan lebih tinggilah peluangnya untuk berjaya hamil. Kadar kejayaan juga meningkat dengan bilangan IUI yang seterusnya secara consecutive.
Kredit : HelangMerah.
0 Comments